Pages

Cari apa der ?

Sunday, 4 December 2011

Those memory


Assalamualaikum

            Aku rindu zaman kanak-kanak ribena. Banyak kenangan pahit dan manis yang aku tempuh masa itu. Kalau lah boleh kembali ke zaman itu, tentu aku akan buat pelbagai perkara tanpa fikir tanggungjawab aku masa sekarang. Tapi itu dulu, masa tak boleh diputar ke belakang. Masa terus mengejar kita ke hadapan. Walau apa pun, masa sekarang lebih mencabar dari dulu. Kalau zaman kanak-kanak ribena, tak perlu fikir apa-apa. Dalam otak tau MAIN sahaja. Aku betul-betul rindu zaman itu. Cakap pasal zaman kanak-kanak ni, aku teringat kisah zaman kanak-kanak dulu. Masa kanak-kanak kan kita nakal, degil, nak dimanja dan macam-macam lagi lah.

            Kisahnya macam ni, ketika tu umur aku dalam 10 tahun lah. *terpaksa agak-agak umur sebab badan aku daripada kecik hingga besar tak banyak beza . Dulu aku tinggal di Seremban. Rumah taman berdekatan dengan Stadium Paroi tu. Ibu aku masa tu kerja kilang kat Senawang. Dulu aku agak nakal sikit. Suka sakat adik sendiri sampai menangis. Biasa lah budak-budak kan, mane tau apa-apa. Yang penting gembira .

            Kadang-kadang ibu kerja shift malam. Bila ibu balik kerja mesti abah yang jemput. Dan aku akan ikut sekali menyibuk dalam kereta. Aku ikut tu pun bukan ada pape. Cuma saje-saje mau ikot. Senang cerita makan angin lah. Walaupun makan angin pergi ambil ibu aku. Kisah yang aku tak dapat lupa tu macam ni. Bila sudah ambil ibu daripada kerja, kadang-kadang aku tertidur dalam kereta sehingga lah dah sampai ke rumah. Kadang-kadang tu bukannya aku tidur pun, saje-saje buat tertidur bila kereta abah dah nak masuk ke perkarangan rumah. Bila dah camtu, mesti ibu kejut kan aku suruh bangun. Tapi aku buat tak tahu. Aku dengar apa yang ibu cakap, tapi aku teruskan lakonan tu. Sehingga lah semua orang dah masuk dalam rumah. Tinggal lah aku dalam kereta sorang-sorang. Lama jugak aku bertahan. Bila aku dah perasan semua sunyi sepi jer, aku bangun dan pandang sekeliling. 

            “Takkan ibu tak nak kendong aku bawa masuk ?” getus hati aku masa tu.

            Aku terus pandang sekeliling kereta. Tiba-tiba pintu rumah terbuka. Aku cepat-cepat baring balik. Kemudian buat muka tidur yang nyenyak. Kemudian aku dengar pintu kereta dibuka dan aku dengar suara abah kejut kan aku. Aku terus buat tak tahu. Teruskan lakonan mantap depan abah aku. Bila abah tengok aku takde respon, aku lagi buat-buat tidur jugak. Kemudian aku rasa macam ada orang angkat aku. Aku tetap teruskan lakonan tidur aku tu. Lepas itu aku dapat rasa aku diletak atas katil. Kemudian derapan kaki abah tak kedengaran lagi dah. Aku agak mesti abah dah keluar. Lepas tu, aku tersenyum sorang-sorang sambil mata tertutup.



p/s : sebenarnya aku suka kena angkat dengan abah dan ibu. Aku suka macam tu. Biar abah atau ibu yang angkat aku masuk bilik. Biasa lah kan nak manja-manja. Lagipun bukn selalu. Kadang-kadang jer aku buat camtu. Kalau selalu buat kantoi lah. Takde lah sesiapa angkat aku masuk dalam rumah.


hak milik sepenuhnya nur ainatul mardhiah