Pages

Cari apa der ?

Monday, 30 January 2012

Simple as abc


Asssalamualaikum,

            Aku nak tanya ni, korang punya bilik jenis macam mana ? Ringkas, padat atau serabut ? aku dah tanya ni, sila jawab di ruang komen bawah. *macam memaksa pula kan




Simple kan ? ada katil, rak buku *psst, imma books worm dan meja belajar. Enough for me. Ringkas dan tak perlu banyak barang. Takde lah serabut kepala.

            Simple is easy, right ? senang nak menyapu. *itu yang aku utamakan Bilik padat pula, tak rasa sesak ke ? macam kat bawah ni, with all those decoration.




*for me this is crowded. Sebab macam-macam ada kat lantai tu. Dengan hiasan kat dinding yang terlebih kreatif. Rimas weh rimas !

Ataupun anda suka bilik macam ni ? memang kegilaan korang kan



            Tapi apa yang penting kekemasan bilik seseorang itu bergantung pada tuan punya badan lah kan. Kalau rajin, memang bersih berkilat lah bilik anda. Kalau separuh rajin, separuh kilat lar :)

Bilik yang simple ni lebih senang dijaga tau. Lagipun, kesukaan masing-masing berbeza.you are big enough and you know how to deal with it. Kalau tak nanti, bila kawan-kawan anda masuk bilik dan reaksi pertama mereka “Wau ! *itu pun cukup mengambarkan sesuatu

p/s : kekemasan bilik mencerminkan personaliti anda



    


Saturday, 28 January 2012

Tension?


Assalamualaikum,

Entry kali ni berkisarkan “tension”Apa itu tension ? Tension itu adalah tekanan. Mesti korang pernah mengalami kan ? semua orang merasa tekanan. Tapi tekanan ni banyak. Contohnya ada tertekan pasal “Kau ni bila nak kaya. Dah kaya boleh pinang aku. Kalau kau lambat, aku terima pinangan Datuk S” Haa tertekan tak ?

Ada kes jenis tertekan sehingga membawa maut. Betapa bahayanya tak ambil langkah pencegahan. Aku nak kongsi dengan korang cara mengatasi tekanan. Separuh aku research, separuh dari tips aku.

TIPS !

Biasakan diri anda dalam keadaan berwuduk.
  • Jiwa kita akan tenang kalau diri dalam keadaan berwuduk dan memudahkan pekerjaan yang dilakukan. Kerja yang susah menjadi mudah untuk diselesaikan nanti. Insyallah :)


Banyakkan baca Al-Qur’an.
  • Sesiapa yang membaca Al-Qur’an akan mendapat ganjaran yang besar, walaupun hanya satu helai mukasurat sahaja. Jadikan ia sebagai amalan kita dari sekarang. Ni cara paling mujarab. Dengan membaca Al-Qur’an, buat seketika kita lupa akan masalah yang kita hadapi dan jiwa tenteram. Tak percaya ? buat dahulu :)


Bersangka baik dengan Allah
  • Kita sebagai manusia tidak pernah terlepas dari sebarang ujian di dalam hidup. Nak tahu kenapa ? sebab dengan berbuat demikian, anda akan mensyukuri nikmat-Nya. Allah akan menguji hambanya setakat mana hambanya mampu untuk menanganinya.


Riadah
  • Anda tahu tak dengan beriadah dapat lepaskan tekanan korang tu. Contohnya, main badminton. Tapi jangan pula sebab kau tertekan, kau smash kawan sampai nazak. Dah jadi kes polis pula


     Menangis sepuas-puas nya
  •      Aku tak nak hurai panjang. Sendiri cuba. Kalau tak boleh nangis, pergi dapur potong bawang. Meleleh der.


p/s : Selamat beramal




contest bertudung by intan and dylla

Assalamualaikum . . .
            Selamat petang dan selamat sejahtera. Hari ini berita dunia blogger akan dibacakan oleh Cik Nur Aina’. Hari ini terdapat satu contest pabila Cik Nena blogwalking sat tadi :). Contest nin pun lambat lagi tutup ? tarikh tutupnya pada 9/2/2012. Pada sesiapa yang berminat boleh lah klik pada banner di bawah ini ya :D

http://hadila91-mamadom.blogspot.com/

                nena ni budak baru kat dunia blogger ni ( tak baru sangat kot ? ==” ). Dah nampak peluang depan mata ni takkan nak lepaskan an ? jadi kita pun join lah contest ni :D gambar nena ? nena pertaruhkan gambar ini untuk menjadi mangsa contest kali ini ^^ v

Sunday, 15 January 2012

Pink? eiuuuu


Assalamualaikum

PINK !! 

Cakap pasal pink aka merah jambu, aku mula buat muka tak suka. Say NO TO PINK !! Aku tak tahu kenapa bencikan warna PINK. Mungkin sebab warna PINK tu terang sangat ? Atau girlish gitu, bukannya tak suka tapi terlalu keperempuanan.


*my reaction when friends show the pink stuffs

Tak suka betul, nanti dia anggap kita ni jenis mudah cair atau lembut gitu. Lagipun jiwa perempuan memang lembut ape ? Tapi sesetengah jer. Yang lain tu tak berapa nak girlish gitu.

Tapi itu cerita dulu, tak minat warna PINK ni. Sekarang ni dah tangkap cintan pulak. Bak kata orang: Jangan benci sangat dengan sesuatu nanti lelama tangkap cintan pula. Habis tu, macam mana pulak kalau kita benci dengan manusia ? Waallahualam 



p/s : sometimes when I saw pink stuffs, suddenly my reaction not gonna liked it. Sometime !


hak milik sepenuhnya nur ainatul mardhiah