Pages

Cari apa der ?

Saturday, 28 January 2012

Tension?


Assalamualaikum,

Entry kali ni berkisarkan “tension”Apa itu tension ? Tension itu adalah tekanan. Mesti korang pernah mengalami kan ? semua orang merasa tekanan. Tapi tekanan ni banyak. Contohnya ada tertekan pasal “Kau ni bila nak kaya. Dah kaya boleh pinang aku. Kalau kau lambat, aku terima pinangan Datuk S” Haa tertekan tak ?

Ada kes jenis tertekan sehingga membawa maut. Betapa bahayanya tak ambil langkah pencegahan. Aku nak kongsi dengan korang cara mengatasi tekanan. Separuh aku research, separuh dari tips aku.

TIPS !

Biasakan diri anda dalam keadaan berwuduk.
  • Jiwa kita akan tenang kalau diri dalam keadaan berwuduk dan memudahkan pekerjaan yang dilakukan. Kerja yang susah menjadi mudah untuk diselesaikan nanti. Insyallah :)


Banyakkan baca Al-Qur’an.
  • Sesiapa yang membaca Al-Qur’an akan mendapat ganjaran yang besar, walaupun hanya satu helai mukasurat sahaja. Jadikan ia sebagai amalan kita dari sekarang. Ni cara paling mujarab. Dengan membaca Al-Qur’an, buat seketika kita lupa akan masalah yang kita hadapi dan jiwa tenteram. Tak percaya ? buat dahulu :)


Bersangka baik dengan Allah
  • Kita sebagai manusia tidak pernah terlepas dari sebarang ujian di dalam hidup. Nak tahu kenapa ? sebab dengan berbuat demikian, anda akan mensyukuri nikmat-Nya. Allah akan menguji hambanya setakat mana hambanya mampu untuk menanganinya.


Riadah
  • Anda tahu tak dengan beriadah dapat lepaskan tekanan korang tu. Contohnya, main badminton. Tapi jangan pula sebab kau tertekan, kau smash kawan sampai nazak. Dah jadi kes polis pula


     Menangis sepuas-puas nya
  •      Aku tak nak hurai panjang. Sendiri cuba. Kalau tak boleh nangis, pergi dapur potong bawang. Meleleh der.


p/s : Selamat beramal




Comments
2 Comments

2 pembaca TERHEBAT !:

  1. hai...selamat berkenalan..bdk uitm puncak alam la..mesti kenal fatin asyikin dia amik nurse..

    ReplyDelete
  2. @ZYASH : err, maaf lar .tak knal :)

    ReplyDelete

komen anda sangat dihargai :)

hak milik sepenuhnya nur ainatul mardhiah