Pages

Cari apa der ?

Monday, 6 February 2012

Pendiam itu pelik ?


Assalamualaikum,

            Tengok tajuk pun dapat agak kan ? kenapa pelik ? sebab . . .dah memang pelik. Nak buat macam mana. Tapi kebiasaannya macam tu lah. Ini pandangan aku terhadap orang sekeliling.

            Orang pendiam ni biasanya suka bersendirian, hidup dalam dunia sendiri, pendam, sabar dan lain-lain berkaitan. Bagi siapa yang macam tu, ada tak salah satu karakter ni dalam diri korang ? orang pendiam penyabar ? Confirm ! Dah dia pendiam, dia sabar dengan karenah anda. Kalau dia jenis mulut becok, memang on the spot korang dapat maki hamun kan ?



Dah nama pun pendiam, dah tentu tak banyak cakap. Mereka cakap bila perlu sahaja. Bila depa dah buka mulut, jangan termenung pula. They are special on their on way. Lagi satu, mungkin diorang tak suka kepoh-kepoh. Lebih kepada low profile gitew.

            Pokoknya, salah ke kalau seseorang itu pendiam ? macam orang pendiam ni penjenayah pula. Diam salah, cakap pun salah. Habis tu, mana yang betul ? Dalam dunia ni tiada siapa yang sempurna. Walaupun anda cukup dari segi fizikal, tapi mental dan emosi sempurna ke ?

           Just stand on your way, don’t step on others way. Tak payah korang dok sibuk jaga tepi kain orang lain. Kain sendiri belum dijahit habis kak oii. Masing-masing tahu kelebihan dan kekurangan. Diri anda personaliti anda. Anda sendiri mencorakkannya. Paling penting, be yourself

p/s : rambut sama hitam, hati lain-lain. Sekarang pewarna rambut dah wujud.

0 pembaca TERHEBAT !:

Post a Comment

komen anda sangat dihargai :)

hak milik sepenuhnya nur ainatul mardhiah