Pages

Cari apa der ?

Wednesday, 28 March 2012

WORDLESS WEDNESDAY #5

Assalamualaikum,  


mesti rock kan bila aku main gitar ni :D teringin juga tapi aku mana lah tau sangat bab main gitar ni. aku baru amatur ouhh. tapi mana tau satu hari nanti aku mampu pula kan ? =.= " 

p/s : kalau betul lah aku boleh, mungkin nak kiamat dunia ni agaknya bila aku main :D

Tuesday, 27 March 2012

kosong PART 2

Assalamualaikum,

            Syok betul tengok cerita Tai Chi Master di TV3 tadi ^^ ada genre kelakar sikit diselit :D tapi Nena tengok memang gelak terbahak-2 lah xD *terpaksa cover gelak sebab semua orang dah tidur kecuali Nena >_< cerita tu Nena bagi 9 star lah daripada 10 :) sebab ada pengajaran di situ. Memang sedap lah tengok bila kepala tengah kusut kan ^^ kalau cerita China ni mesti ada unsur kungfu lah. Part tu lah yang Nena suka tengok. Teringin juga nak belajar, lepas tu guna bila berhadapan dengan penjenayah. Perghh ! mesti best kan belasah orang :D

            Hari ni hari Isnin dan Nena masih lagi dalam proses berlatih main gitar untuk lagu Kosong by Najwa Latif. Kenapa ? sebab tiba-2 pula minat kat lagu ni. Sebab lain pula kord dia semudah ABC tapi bila Nena nak petik gitar tu macam nak selesaikan ADD MATH ! huhh ~ tidak mengapa USAHA TANGGA KEJAYAAN. Tanpa buang masa, Nena ingin persembahkan sebuah kugiran band dari celah mana entah yang Nena sempat rakam.


            Anda sudah dengar ? jadi apa komen anda ? tinggalkan ye :) saya tiada niat hendak menjadi penyanyi cuma hendak berkongsi rasa. Sebab, kawan saya main gitar tu sudi ajar saya main gitar ! sangat teruja dan sakit ! T.T wuwuu ~ sebab ? melecet lah jari nak tekan tali gitar tu =..=” jari kiri saya dah lah tidak kuat. Saya rasa saya KIDAL lah bila mahu main gitar ^o^ v jadi, doakan saya terus berusaha untuk terus bermain gitar ni sebab music is my life :)     

p/s : teruk gila kan suaraku itu ? kutuk je lah. Tak kisah pun ^^ v

Saturday, 24 March 2012

kosong PART 1

Assalamualaikum,

            SIAPA DIRIKU YANG SEBENAR ~ ouhh ouhh ~
            Kosong kosong ~ ouhh ~

Ehermm ! tamatlah sudah testing suaraku yang macam tong drum ni :) rindunya pada blog peachku yang . . . err, tak tahu nak describe macam mana ? hehee ~ kawan-2 sihat ? kalau sihat, Alhamdulillah :) saya tahu anda kuat dan begitu juga saya. Duduknya saya di hadapan computer ini, ingin saya menyatakan hasrat saya iaitu . . . ( bunyi violin. Asyik drum je. Nak juga bunyi violin ^^ ) saya mula belajar gitar !! yaiyy ! tepuk tangan sikit :B *tak dengar pun =.=”

            Awak nak tahu, saya belajar dari kawan saya Zafirah tau ^^. Kebetulan dia cuti sem 2 bulan. Boleh lah jadi tutor gitar saya sementara :) hee ~ betapa seronoknya bila ada orang sudi mengajar ouh ^^ ( senyum melebar. *psst, walaupun tak selebar mana ) saya baru je belajar main lagu kosong by najwa latif tu. Senang sangat ! tapi yang tak senangnya bila jari melecet lah kan :( tapi tidak mengapa, bersusah-susah dahulu, senang-lenang kemudian ^^ USAHA TANGGA KEJAYAAN !

            Motif belajar main gitar ? sebab suka ! ^^ dah lama lah minat nak belajar ni. Cuma tidak berkesempatan je :’( tiada istilah nak ikut sesiapa. Suka dengar petikan gitar tu dan MUSIC IS MY LIFE AND MY LIFE BASED ON THE LYRIC ! dengar muzik pun berpada-2, jangan sampai lupa solat pula kan ? *muhasabah diri sendiri :) nanti ada masa Nena upload video yang kitaorang jamming tu oke ^^ ( walaupun secara betulnya bukan jamming, saja nak test kan :D )

n/p : muzik buat saya tenteram seketika, TAPI Al-Quran tenteram selama-lamanya ~

Wednesday, 21 March 2012

WORDLESS WEDNESDAY #4

Assalamualaikum,

            Tension bila tiba masa nak buat pola baju. Sekarang dah masuk belajar buat kebaya ! :D

p/s : mudah-2 an baju kebaya ni menjadi dan cantik ! ^^ v

touching screen !

Assalamualaikum,
           
Kasih.. Ku dicinta
Hatiku bergema hiasi cahaya
Bersemilah rasa..

            Apa kat atas tu ? =.=”  ohh, itu lirik lagu. Cuba teka ? oke, tak dapat ? lagu assalamualaikum cinta ( OST 7 petala cinta ) kenapa Nena pilih bait lirik ni ? sebab . . .cuba korang dalami maksud di sebalik lirik ni :)

            Tak dapat ? urmm, cari sampai dapat. Kalau tak dapat maknanya anda bukan seorang yang ROMANTIK ! ngahaa ~ :D oke lah, nak tahu juga ? bagi Nena ialah . . . SECRET ! ^^ v bawah ni ada video untuk korang. Teringin nak tengok cerita ni. Tapi sekarang belum sampai hajat lagi sebab tak berpeluang ouhh ~ bila tengok TRAILER pun dah macam best. Kawan cakap pun best. Dia kata “ Makna cinta dalam filem tu membuatkan dia tersentuh ” :) how sweet is that ?



p/s : terus menunggu kemunculan filem islamik sebegini lagi :) 

Sunday, 18 March 2012

TOLONG JELASKAN !

Assalamualaikum,

            Semenjak ketiadaan si Tompok ni terasa bosan pula kat rumah ni. Kalau tak mesti dengar dia mengiau minta makanan. Tompok dah kena hantar ke tempat cuci kereta ni. Ibu saya cakap yang pakcik ni memang banyak bela kucing di bengkel dia tu. Nena tengok pun memang banyak. Comel-2 dan lincah pula tu. Geramnya ! rasa nak culik je seekor. Tapi memikirkan Tompok dihantar ke situ, redha jela. Lagipun Tompok tengah sarat mengandung. Bila-2 masa je nak lahirkan anak ^^ itu yang ibu hantar ke bengkel pakcik tu.

            Rindu pula nak bergurau dengan Tompok :’(( sekarang ni ada pengganti Tompok pula datang. Anak kucing tapi dia JANTAN ! arghh ! fobia betul dengan kucing jantan ni. Mana tak nya, kucing jantan ni kan gemar memancut sana sini. Cukup lah dengan si Oyen tu memancut. Tiada adab langsung. Haishh ~ kucing yang baru ni bulu dia lembut je. Tapi kaki dia pakai “stokin” ^___^
kepala pula kabur. maaf, dia ni tak reti duduk diam -,,-


            Tapi bukan ni yang jadi isu utama. Sekarang ni mesti banyak mulut yang potpetpotpet kan ? yela, musim nak sambung belajar ke peringkat lebih tinggi bagi lepasan SPM dan juga STPM. Siapa tak nak sambung belajar ? mesti ada yang teringin kan ? Nena pun NAK ! inshaallah kalau ada rezeki :)

            Tapi yang menjadi persoalannya sekarang ni ialah “ Betul ke kita kena beli no pin UPU awal atas sebab tak nak menjadi orang yang terakhir untuk kemasukan dalam universiti ? contohnya macam perbualan di bawah ni :

Mira : Nena, kau dah beli no pin UPU ?
Nena : belum lagi. Kenapa ? kau dah ?
Mira : aku dah beli semalam. Wehh, kena beli awal lah. Kalau tak nanti no UPU kau lambat.
Nena : apa masalah awal ke tak awal ? ada beza ehh ? nanti masuk juga universiti kan ? bukannya diorang tak proses.
Mira : memang lah. Tapi beli jela awal. Nanti takde lah no kau tercorok jauh.
Nena : gitu pulak ? ==” ( garu-2 kepala )

            Betul ke ada situasi macam ni ? salah ke kalau beli no pin UPU lambat ? lagipun, apa bezanya kalau beli no UPU lambat atau cepat ? TOLONG BERI PENDAPAT !


p/s : aku dah puas fikir jauh. Tapi tak juga dapat jawab persoalan ni. Tapi yang penting, tunggu jela tawaran yang mendatang

Tuesday, 13 March 2012

ada berani ?

Assalamualaikum,

          Semoga cinta kita kekal abadi,
Sesampainya akhir nanti, selamanya ~

Ngahaa ~ siapa kenal bait-2 lagu tu ? tapi Nena ambil hujung-2 bait lagu tu. Ost dari drama yang ramai peminat dan menjadi idaman :D hahh ? tak tau ? sebab pendek sangat bait dia yer ? mari sini Nena beritahu, itu lagu Tentang Rasa by Astrid sayang ^___^  jadikan pembuka kata untuk entry kali ni :’)

Sebenarnya hari ni Nena nak kongsi dengan korang tentang event blogger untuk bulan ni. Nak tahu event apa ? jom fly ke banner bawah ni . . .

KLIK PADA BANNER ATAS NI :)

p/s : Nena tak dapat nak join atas sebab kesibukan dan jauh :) maaf, mungkin lain kali ?
boleh tolong hebahkan juga :) kerjasama sangat dihargai ~

Monday, 12 March 2012

saya minta maaf tau ! inshallah buat lagi .

Assalamualaikum,

            Aduhh , lama betul tak update blog ni ! :D maaf ya atas kesulitan yang berlaku. Ada perkara yang menyebabkan selepas ni aku jarang-2 update blog :

1.  jari tangan aku terseliuh lar gara-2 main bola jaring. Nak taip pun macam terkial-2
2. masalah peribadi

Haa, dua je sebab dia. Bajet macam banyak je alasan kan ? tak boleh kemukakan alasan sangat sebab ciri-2 orang berjaya ialah TIADA ALASAN ! jyeahh ! :D jadi disebabkan ini lah tak dapat nak update selalu. Jadinya jarang-2 lah nena update oke :) lagi satu, kalau sempat nena akan ke blog korang yang singgah di blog nena ni ^^ v

p/s : tiada alasan untuk berubah ! jyeahh !

Wednesday, 7 March 2012

kau buat apa tu ?

Assalamualaikum,

          Hohoyy ! dah lama tak update blog ni. Kesian blog aku ni. Padan lah tiada orang datang melawat :’( tak nak cakap banyak. Nena cuma nak perkenalkan si Oyen nena dalam family nena ni ^^ layan jela video dia ehh ! :D


p/s : tak suka kucing yang gemar memancut sana sini !

Monday, 5 March 2012

Ben Ashaari serang aku !

Assalamualaikum,

            Baru je lepas tonton drama Merlin kat channel DIVA ( 702 ). Kalau tengok kat channel Diva ni laju sikit daripada tv3. Kiranya Diva siarkan dulu lar ^^ tapi kan, tadi macam last punya tau sebab selalunya ada sambungan lepas episode by episode habis. Tapi tadi pada penghujung cerita ia tulis

WILL RETURN . . .
      Dan aku rasa macam nak menjerit je ! tapi aku fikir sekarang ni dah malam. Nanti tak pasal-2 kena hantar tanjung rambutan pula T.T kalau dah will return tu bila agaknya sambungan Merlin ni ? ada sesiapa boleh bagi jawapan ? please :’(

            Yang tu bab ulasan drama Merlin, sekarang ni lagi HOT kot ? ==” oke, sebenarnya agenda ni pun mesti korang tau kan ? tengok tajuk pun mesti tau punya ^^ ( senyum sampai ke telinga ) ceritanya mula begini tau. Pada awalnya nena memang tak tahu apa-2 sehinggalah seorang blogger ni beritahu pada GOSSIP BOX tu. Dah lar masa tu tengah makan aiskrim pop yang Anis beli kat jiran sebelah. Perisa asam masin. Yummy ! >_< oke, berbalik kepada cerita tadi !

            Balik je dari kelas menjahit terus buka blog, nak tengok lar siapa yang datang blogwalking kan ? nanti boleh I fly ke blog diorang balik. Setiap kali bukak blog mesti tengok GOSSIP BOX dulu. Bila dah buka, nena baca lar satu persatu, kemudian pergi lar terjah blog diorang yang cun-melecun habis tu. Akhir sekali mahu terjah orang yang last. Nak tahu dia kata apa ? ni dia . . .


            Nampak tak nama siapa tu ? haa, betul tu , BEN ASHAARI ! O,O ( masih lagi senyum sampai telinga ) nak bukti lagi ? :D oke !


            Haa, tu dia ! masih lagi terkejut dan gembira. TERIMA KASIH Uncle Ben ! ^^ mula-2 dulu Cik Lyssa follow Nena, now Uncle Ben pula :O

p/s : bab merlin tu aku akan cerita di post lain. Yang pasal entry untuk kali ni bukan untuk megah-2, tapi rasa bangga sekejap bila blogger terhebat follow kita ^^ suka lah ! ( kalau lah Aeril Zafrel ada blog, muka Nena dulu bertempek kat follower dia >_< ) tak sangka pula cubaan aku letak link dalam entry uncle Ben menjadi perhatian ! terima kasih sekali lagi ! 


Sunday, 4 March 2012

tengok ketiak kau

Assalamualaikum,

            Nena : ehh, sini kau !
            Makhluk : . . . . ( jalan mendekati Nena )
            Nena : ( angkat ketiak ) euuw ! kenapa ketiak kau putih ? sepatutnya hitam lar
            Makhluk : . . . ( pandang muka Nena )
            Nena : pandang aku ni apehal ?
            Makhluk : meow !

Haa, korang ingat apa benda tadi tu ? hehee ~ tak tau nak mukadimah apa, Nena buat conversation dengan Oyen. Hari ni nena nak berkongsi tips lar kan :) tips tentang . . . PENJAGAAN KETIAK !! yaiyy ! tepuk tangan ~ ( suasana sunyi sepi ) ==”

Apa reaksi korang bila ternampak seorang gadis/jejaka yang tengah mengeliat sambil mengangkat kedua-2 tangannya ke udara ?

Oyen : meow, meow ! ( jilat ? )
Tompok : zZzZ ( tidur pula )
Anis : entah ( jawapan budak kecil )
Aiman : euww ! pengotor !
Nena : hulurkan berus sabut ! -.- v

Gila kejam Nena ni kan ? ada patut syorkan berus sabut ? nanti tak pasal-2 makan balik berus tu. Hurr ~ oke, sebelum bagi tips, jom siasat kenapa ketiak jadi hitam ?


PUNCA :

1. mencukur bulu ketiak dengan kerap menggunakan pisau cukur. Ini kerana gesekan pisau menyebabkan kulit menjadi luka

2. sisa deodoran dan bedak yang tidak dibersih sehabis mungkin sehingga meninggalkan bekas kehitaman.

3. kurang mandi dan jarang membersihkan bahagian ketiak dan menyebabkan daki ! ( euuw ! ada ke orang macam tu ? )

4. memakai pakaian yang tidak dibasuh berulang-2 kali

5. memakai deodoran yang tidak sesuai sehingga menyebabkan kegatalan dan berubah menjadi kehitaman.

Haa, cuba periksa diri anda. Ada tergolong dalam punca-2 di atas tu ? kalau ada, senyap-2 sudah. Tak payah kecoh-2 ^^ v
Oke, ni pula tips untuk menghilangkan warna kehitaman di ketiak :

PERTAMA
# campurkan sari buah lemon yang telah diperah dengan parutan timun dan kacau hingga rata. Setelah itu, sapukan adunan tersebut selama 20 minit pada ketiak lalu bilas dengan air suam.
KEDUA
# menggunakan campupran air kapur sirih dan limau nipis. Sapukan pada ketiak setiap kali selesai mandi dan hindari penggunaan deodoran atau bedak setelah itu. Biarkan air meresap dan lakukan 1-2 minggu
KETIGA
# untuk hasil yang maksima, guna penyental yang mengandungi buah dan pemutih kulit pada ketiak
KEEMPAT
# pastikan anda selalu membilas ketiak hingga bersih sehingga tiada lagi kesan deodoran dan bedak yang tertinggal

p/s : cepat mulakan sekarang sebelum pakwe/makwe anda lari ~

Contest Aku Suka Lagu ni Kerana . . . By Nur Happiness dan Nooral

Assalamualaikum,

            Nak beritahu ni yang Nena join satu contest ni ^^ yaiyy ! buat kali kedua join contest. Contest ni simple je, tak susah pun. Nak join ? klik banner di bawah yer


            Lagu pilihan nena untuk contest ni ialah . . . jengjengjeng ~ << ni lar lagunya ! >_<
Bergurau je, lagu ni dia Ainul Mardhiah by UNIC


               Sebab : Suka rentak muzik yang lembut dan semangat gitu. ouhh ! Bila karaoke je lagu ni dalam bilik sambil selubung dengan selimut ( takut orang lain dengar >_< ) Nena dapat rasa perjalanan Ainul Mardhiah tu ^^ Serius ! Memang terasa dupdapdupdap bila nyanyi lagu ni. Terasa bersemangat tau. Lagi satu, nama kami lebih kurang jer ^__^ v

p/s : mudah-2 an peserta yang join contest ni menang :)




Saturday, 3 March 2012

jom timbang !

Assalamualaikum,

            Malam-2 mengadap komputer. Mana mata tak rosak ? haa, pergi periksa mata korang di klinik berdekatan. Mesti korang ada masalah mata punya lah. Tak percaya ? =..= hurr ~ belum cuba belum tahu kan ?

            Hari ni tak nak cakap banyak cuma nak kongsi je. Jum ikut perbualan dua makhluk yang serupa tapi tidak sama ^^

            “ Ehh, berat kau berapa ? ” otak kiri bertanya kepada otak kanan
            “ Berat aku ? kejap aku pergi timbang. Urmm, 125.16 KB ” balas otak kanan.
            “ Hahh ! berat apa kau guna tu ? ” soal otak kiri balik.
            “ Aku guna penimbang lar ” balas otak kanan selamba
            “ Err . . . ” otak kiri terkedu seketika. Hilang kata-2

            Hahh ! beratnya ! patut lar lambat je loading blog ni -..-“ nampaknya kena ringankan lar ni. Bagi mereka yang hendak timbang berat tu, boleh timbang di berat blog

p/s : padanlah ramai tak datang blog aku ==” v

kena cium !

Assalamualaikum,     

            Anda sihat semua ? bagus lar kalau sihat. Lagipun sekarang ni musim tak sihat je. Ada yang demam, selsema dan batuk. Kesiannya :( nanti makan ubat yer ^^ kesian pada mereka yang sakit, mudah-2 an cepat sihat yer. Yang penting, jangan manjakan sangat penyakit tu. Nanti lagi menggedik lar virus-2 tu :)

            Sebenarnya nena ada nak cerita sesuatu. Cerita ni sangat lah menggelikan. Bila teringat balik memang rasa nak samak je seluruh badan ni. #erghh ! geli-geliman ! T.T korang nak tahu kenapa ? subuh tadi nena sedap tidur, tapi ( padahal takde lah sedap mana. Tidur-2 ayam gitu ) tiba-2 nena rasa anda sesuatu yang gigit siku nena. Hahh !! lepas tu . . .

            Nena terus bangun dari katil. Bilik masa tu memang gelap-gelita lar kan. Tak terfikir nak petik suis lampu yang dekat dengan pint utu, nena terus capai Sony yang ada fungsi torchlight. Bila dah terpasang, terus nena suluh ke bantal. Tiada apa-2 ? tapi nena rasa sakit woo bila kena gigit dengan sesuatu tadi tau T.T  TAPI . . . .


            Mata nena tertangkap sesuatu yang sangat nena benci iaitu . . . . LIPAS ! OMGedik ! LIPAS DI KATIL NENA !!! nena terus bangun laju capai majalah remaja yang ada dekat dengan katil kemudian nena ‘ tampar ’ lipas tu. Hohh ! puas hati ! ( padahal tak puas lagi ni ) nena bangun kemudian terus petik suis lampu. KLIK ! terang sungguh ! terus jadi lagi sepet mataku !

            Mata nena meliar cari mana si bedebah tu ? hahh ! ‘ dia ’ ada dekat dengan almari baju nena ! nena terus berlari keluar kemudian nena cari penyapu dekat dapur. ( mungek punya LIPAS, berani kau masuk bilik aku, lepas tu ‘ sengat ’ anak dara orang ! wuu ~

            Sampai je dalam bilik, nena cari mana kelibat LIPAS tadi, tapi nena tak jumpa O,O jadi semakin seram pulak. Terus tengok bawah katil TAPI TIADA ==” sampai sekarang nena tak jumpa mana lipas tu pergi ? dah habis geledah almari baju pun TIADA !

            Moral of the story, jangan terlepas subuh ! agaknya LIPAS tu nak kejut nena bangun subuh. Tu yang dia buat ‘ lovebite ’ kat siku nena. Nasib baik LIPAS remaja. Kalau bapak lipas tadi memang nena dah menjerit terus tarik tangan ibu.

p/s : masih lagi pelik kemana hilang LIPAS tadi ? ==”

Friday, 2 March 2012

macam papan lar kau .

Assalamualaikum,

            Hurr -..- tiba-2 je macam ni ( sambil kejap-2 kembang kuncup hidung ) bosan pula malam-2 macam ni. Dah tak tahu nak buat apa. Nena post lar entry untuk kali ini. Oke, hari ni nena nak cakap pasal . . . jengjengjeng ~

            Ngahaa ~ jahat betul nena ni. Main-2 pula ? bawa bersabar rakan-2 blogku sekalian ^^ sebenarnya hari ni nena nak cakap pasal ‘petite’. Sebelum tu, korang tau ke apa itu ‘petite’ ? bagi siapa yang tidak tahu menahu , haa . . . petite ni sejenis serangga paling kecil, kecil dan kekecilannya yang mengelirukan orang. Hehehee ~ nena gurau jela >_<

            ‘petite’ ialah bentuk tubuh seseorang yang rendah atau kecil. Hahh ! ini yang dinamakan ‘petite’ ! rasanya mungkin dalam kalangan anda yang sedang membaca ni antara golongan petite ? mungkin ? jika YA, nena di sini ingin berkongsi maklumat yang nena ambil dari sumber majalah no. 1 di pasaran. Apa lagi kalau bukan REMAJA. Wuuu ~  di sini ada beberapa tips fesyen untuk si genit.

lawa model ni kan ? rupa aku dalam 3 tahun akan  datang xD


PERTAMA !
Satu warna
            : pakai pakaian dari rona warna yang sama iaitu dari atas hingga ke bawah. ( tapi jangan pula pakai baju MERAH, seluar MERAH, kasut MERAH dan segala-2 nya merah lar. Lama-2 nanti mata orang yang memandang anda pun jadi merah ==”
            : untuk tutup kekurangan dari segi ketinggian, padankan seluar atau legging yang senada dengan baju tau ! warna yang sesuai ialah warna gelap seperti hitam, hijau pekat, ungu dan biru garang

KEDUA !
Sesuai pada tubuh badan
            : pemilihan pakaian bagi si petite ni perlu sesuai supaya tak nampak canggung.
            : jangan pakai baju yang terlalu besar atau rakan berkata ianya ‘ baju pinjam ’ ( haa, korang nak ker ? )

KETIGA !
Garisan menegak
            : pilih baju yang mempunyai gaisan menegak. Tak semestinya mempunyai corak belang menegak. Cukup sekadar mempunyai potongan menegak agar kamu kelihatan tinggi

KEEMPAT !
Berkolar V
            : pilih top dan jaket yang berkolar V atau U. bentuk kolar baju ni dapat memberi ilusi supaya kelihatan seperti jinjang ^^

KELIMA !        
Kasut tumit tinggi

            : wajib pakai kasut tumit tinggi ! jangan sesekali memakai kasut pump atau flat yang lain.
            : elakkan memakai kasut silang yang terlalu banyak tali kerana menampakkan kaki kamu lebih pendek

KEENAM !
Pemakaian aksesori
            : aksesori perlu dititikberatkan kerana dapat mengubah penampilan seseorang itu.
             : baju yang dipenuhi labuci perlu dielakkan. Kalau BEG pula, jangan guna beg tangan besar

KETUJUH !
Tidak pada mini skirt
            : tolak ketepi pada gaun pendek dan skirt mini sebab kaki kamu nampak lebih pendek apabila skirt mini yang tinggi dari paras lutut.

KELAPAN !
Seluar potongan lurus
            : pakai seluar atau jeans yang mempunyai potongan lurus.
            : jangan pakai seluar yang banyak poket, lipatan serta mempunyai butang pada hujung seluar. Tali pinggang pula, pilih yang nipis dan tidak lebar

p/s : kau kurus ? minum lar gain weight ! :D ( tapi tak tahu berkesan atau tidak ? ==” ( nak lagi senang dan murah , makan masakan ibu ^^ v )
            
hak milik sepenuhnya nur ainatul mardhiah