Pages

Cari apa der ?

Saturday, 3 March 2012

kena cium !

Assalamualaikum,     

            Anda sihat semua ? bagus lar kalau sihat. Lagipun sekarang ni musim tak sihat je. Ada yang demam, selsema dan batuk. Kesiannya :( nanti makan ubat yer ^^ kesian pada mereka yang sakit, mudah-2 an cepat sihat yer. Yang penting, jangan manjakan sangat penyakit tu. Nanti lagi menggedik lar virus-2 tu :)

            Sebenarnya nena ada nak cerita sesuatu. Cerita ni sangat lah menggelikan. Bila teringat balik memang rasa nak samak je seluruh badan ni. #erghh ! geli-geliman ! T.T korang nak tahu kenapa ? subuh tadi nena sedap tidur, tapi ( padahal takde lah sedap mana. Tidur-2 ayam gitu ) tiba-2 nena rasa anda sesuatu yang gigit siku nena. Hahh !! lepas tu . . .

            Nena terus bangun dari katil. Bilik masa tu memang gelap-gelita lar kan. Tak terfikir nak petik suis lampu yang dekat dengan pint utu, nena terus capai Sony yang ada fungsi torchlight. Bila dah terpasang, terus nena suluh ke bantal. Tiada apa-2 ? tapi nena rasa sakit woo bila kena gigit dengan sesuatu tadi tau T.T  TAPI . . . .


            Mata nena tertangkap sesuatu yang sangat nena benci iaitu . . . . LIPAS ! OMGedik ! LIPAS DI KATIL NENA !!! nena terus bangun laju capai majalah remaja yang ada dekat dengan katil kemudian nena ‘ tampar ’ lipas tu. Hohh ! puas hati ! ( padahal tak puas lagi ni ) nena bangun kemudian terus petik suis lampu. KLIK ! terang sungguh ! terus jadi lagi sepet mataku !

            Mata nena meliar cari mana si bedebah tu ? hahh ! ‘ dia ’ ada dekat dengan almari baju nena ! nena terus berlari keluar kemudian nena cari penyapu dekat dapur. ( mungek punya LIPAS, berani kau masuk bilik aku, lepas tu ‘ sengat ’ anak dara orang ! wuu ~

            Sampai je dalam bilik, nena cari mana kelibat LIPAS tadi, tapi nena tak jumpa O,O jadi semakin seram pulak. Terus tengok bawah katil TAPI TIADA ==” sampai sekarang nena tak jumpa mana lipas tu pergi ? dah habis geledah almari baju pun TIADA !

            Moral of the story, jangan terlepas subuh ! agaknya LIPAS tu nak kejut nena bangun subuh. Tu yang dia buat ‘ lovebite ’ kat siku nena. Nasib baik LIPAS remaja. Kalau bapak lipas tadi memang nena dah menjerit terus tarik tangan ibu.

p/s : masih lagi pelik kemana hilang LIPAS tadi ? ==”
Comments
2 Comments

2 pembaca TERHEBAT !:

  1. hahah lipas????adoii la.. :P

    ReplyDelete
  2. @ezyra : adoi awak kata ? kalau saya, euuw !! tah masa bila dia naik tas katil pun tk thu lar T.T

    ReplyDelete

komen anda sangat dihargai :)

hak milik sepenuhnya nur ainatul mardhiah