Pages

Cari apa der ?

Friday, 2 March 2012

macam papan lar kau .

Assalamualaikum,

            Hurr -..- tiba-2 je macam ni ( sambil kejap-2 kembang kuncup hidung ) bosan pula malam-2 macam ni. Dah tak tahu nak buat apa. Nena post lar entry untuk kali ini. Oke, hari ni nena nak cakap pasal . . . jengjengjeng ~

            Ngahaa ~ jahat betul nena ni. Main-2 pula ? bawa bersabar rakan-2 blogku sekalian ^^ sebenarnya hari ni nena nak cakap pasal ‘petite’. Sebelum tu, korang tau ke apa itu ‘petite’ ? bagi siapa yang tidak tahu menahu , haa . . . petite ni sejenis serangga paling kecil, kecil dan kekecilannya yang mengelirukan orang. Hehehee ~ nena gurau jela >_<

            ‘petite’ ialah bentuk tubuh seseorang yang rendah atau kecil. Hahh ! ini yang dinamakan ‘petite’ ! rasanya mungkin dalam kalangan anda yang sedang membaca ni antara golongan petite ? mungkin ? jika YA, nena di sini ingin berkongsi maklumat yang nena ambil dari sumber majalah no. 1 di pasaran. Apa lagi kalau bukan REMAJA. Wuuu ~  di sini ada beberapa tips fesyen untuk si genit.

lawa model ni kan ? rupa aku dalam 3 tahun akan  datang xD


PERTAMA !
Satu warna
            : pakai pakaian dari rona warna yang sama iaitu dari atas hingga ke bawah. ( tapi jangan pula pakai baju MERAH, seluar MERAH, kasut MERAH dan segala-2 nya merah lar. Lama-2 nanti mata orang yang memandang anda pun jadi merah ==”
            : untuk tutup kekurangan dari segi ketinggian, padankan seluar atau legging yang senada dengan baju tau ! warna yang sesuai ialah warna gelap seperti hitam, hijau pekat, ungu dan biru garang

KEDUA !
Sesuai pada tubuh badan
            : pemilihan pakaian bagi si petite ni perlu sesuai supaya tak nampak canggung.
            : jangan pakai baju yang terlalu besar atau rakan berkata ianya ‘ baju pinjam ’ ( haa, korang nak ker ? )

KETIGA !
Garisan menegak
            : pilih baju yang mempunyai gaisan menegak. Tak semestinya mempunyai corak belang menegak. Cukup sekadar mempunyai potongan menegak agar kamu kelihatan tinggi

KEEMPAT !
Berkolar V
            : pilih top dan jaket yang berkolar V atau U. bentuk kolar baju ni dapat memberi ilusi supaya kelihatan seperti jinjang ^^

KELIMA !        
Kasut tumit tinggi

            : wajib pakai kasut tumit tinggi ! jangan sesekali memakai kasut pump atau flat yang lain.
            : elakkan memakai kasut silang yang terlalu banyak tali kerana menampakkan kaki kamu lebih pendek

KEENAM !
Pemakaian aksesori
            : aksesori perlu dititikberatkan kerana dapat mengubah penampilan seseorang itu.
             : baju yang dipenuhi labuci perlu dielakkan. Kalau BEG pula, jangan guna beg tangan besar

KETUJUH !
Tidak pada mini skirt
            : tolak ketepi pada gaun pendek dan skirt mini sebab kaki kamu nampak lebih pendek apabila skirt mini yang tinggi dari paras lutut.

KELAPAN !
Seluar potongan lurus
            : pakai seluar atau jeans yang mempunyai potongan lurus.
            : jangan pakai seluar yang banyak poket, lipatan serta mempunyai butang pada hujung seluar. Tali pinggang pula, pilih yang nipis dan tidak lebar

p/s : kau kurus ? minum lar gain weight ! :D ( tapi tak tahu berkesan atau tidak ? ==” ( nak lagi senang dan murah , makan masakan ibu ^^ v )
            

0 pembaca TERHEBAT !:

Post a Comment

komen anda sangat dihargai :)

hak milik sepenuhnya nur ainatul mardhiah