Pages

Cari apa der ?

Sunday, 4 March 2012

tengok ketiak kau

Assalamualaikum,

            Nena : ehh, sini kau !
            Makhluk : . . . . ( jalan mendekati Nena )
            Nena : ( angkat ketiak ) euuw ! kenapa ketiak kau putih ? sepatutnya hitam lar
            Makhluk : . . . ( pandang muka Nena )
            Nena : pandang aku ni apehal ?
            Makhluk : meow !

Haa, korang ingat apa benda tadi tu ? hehee ~ tak tau nak mukadimah apa, Nena buat conversation dengan Oyen. Hari ni nena nak berkongsi tips lar kan :) tips tentang . . . PENJAGAAN KETIAK !! yaiyy ! tepuk tangan ~ ( suasana sunyi sepi ) ==”

Apa reaksi korang bila ternampak seorang gadis/jejaka yang tengah mengeliat sambil mengangkat kedua-2 tangannya ke udara ?

Oyen : meow, meow ! ( jilat ? )
Tompok : zZzZ ( tidur pula )
Anis : entah ( jawapan budak kecil )
Aiman : euww ! pengotor !
Nena : hulurkan berus sabut ! -.- v

Gila kejam Nena ni kan ? ada patut syorkan berus sabut ? nanti tak pasal-2 makan balik berus tu. Hurr ~ oke, sebelum bagi tips, jom siasat kenapa ketiak jadi hitam ?


PUNCA :

1. mencukur bulu ketiak dengan kerap menggunakan pisau cukur. Ini kerana gesekan pisau menyebabkan kulit menjadi luka

2. sisa deodoran dan bedak yang tidak dibersih sehabis mungkin sehingga meninggalkan bekas kehitaman.

3. kurang mandi dan jarang membersihkan bahagian ketiak dan menyebabkan daki ! ( euuw ! ada ke orang macam tu ? )

4. memakai pakaian yang tidak dibasuh berulang-2 kali

5. memakai deodoran yang tidak sesuai sehingga menyebabkan kegatalan dan berubah menjadi kehitaman.

Haa, cuba periksa diri anda. Ada tergolong dalam punca-2 di atas tu ? kalau ada, senyap-2 sudah. Tak payah kecoh-2 ^^ v
Oke, ni pula tips untuk menghilangkan warna kehitaman di ketiak :

PERTAMA
# campurkan sari buah lemon yang telah diperah dengan parutan timun dan kacau hingga rata. Setelah itu, sapukan adunan tersebut selama 20 minit pada ketiak lalu bilas dengan air suam.
KEDUA
# menggunakan campupran air kapur sirih dan limau nipis. Sapukan pada ketiak setiap kali selesai mandi dan hindari penggunaan deodoran atau bedak setelah itu. Biarkan air meresap dan lakukan 1-2 minggu
KETIGA
# untuk hasil yang maksima, guna penyental yang mengandungi buah dan pemutih kulit pada ketiak
KEEMPAT
# pastikan anda selalu membilas ketiak hingga bersih sehingga tiada lagi kesan deodoran dan bedak yang tertinggal

p/s : cepat mulakan sekarang sebelum pakwe/makwe anda lari ~

Comments
1 Comments

1 pembaca TERHEBAT !:

  1. aina.. ketihak ko itam ea.. hehehe,.. aku gurau je taww.....

    ReplyDelete

komen anda sangat dihargai :)

hak milik sepenuhnya nur ainatul mardhiah