Pages

Cari apa der ?

Sunday, 18 March 2012

TOLONG JELASKAN !

Assalamualaikum,

            Semenjak ketiadaan si Tompok ni terasa bosan pula kat rumah ni. Kalau tak mesti dengar dia mengiau minta makanan. Tompok dah kena hantar ke tempat cuci kereta ni. Ibu saya cakap yang pakcik ni memang banyak bela kucing di bengkel dia tu. Nena tengok pun memang banyak. Comel-2 dan lincah pula tu. Geramnya ! rasa nak culik je seekor. Tapi memikirkan Tompok dihantar ke situ, redha jela. Lagipun Tompok tengah sarat mengandung. Bila-2 masa je nak lahirkan anak ^^ itu yang ibu hantar ke bengkel pakcik tu.

            Rindu pula nak bergurau dengan Tompok :’(( sekarang ni ada pengganti Tompok pula datang. Anak kucing tapi dia JANTAN ! arghh ! fobia betul dengan kucing jantan ni. Mana tak nya, kucing jantan ni kan gemar memancut sana sini. Cukup lah dengan si Oyen tu memancut. Tiada adab langsung. Haishh ~ kucing yang baru ni bulu dia lembut je. Tapi kaki dia pakai “stokin” ^___^
kepala pula kabur. maaf, dia ni tak reti duduk diam -,,-


            Tapi bukan ni yang jadi isu utama. Sekarang ni mesti banyak mulut yang potpetpotpet kan ? yela, musim nak sambung belajar ke peringkat lebih tinggi bagi lepasan SPM dan juga STPM. Siapa tak nak sambung belajar ? mesti ada yang teringin kan ? Nena pun NAK ! inshaallah kalau ada rezeki :)

            Tapi yang menjadi persoalannya sekarang ni ialah “ Betul ke kita kena beli no pin UPU awal atas sebab tak nak menjadi orang yang terakhir untuk kemasukan dalam universiti ? contohnya macam perbualan di bawah ni :

Mira : Nena, kau dah beli no pin UPU ?
Nena : belum lagi. Kenapa ? kau dah ?
Mira : aku dah beli semalam. Wehh, kena beli awal lah. Kalau tak nanti no UPU kau lambat.
Nena : apa masalah awal ke tak awal ? ada beza ehh ? nanti masuk juga universiti kan ? bukannya diorang tak proses.
Mira : memang lah. Tapi beli jela awal. Nanti takde lah no kau tercorok jauh.
Nena : gitu pulak ? ==” ( garu-2 kepala )

            Betul ke ada situasi macam ni ? salah ke kalau beli no pin UPU lambat ? lagipun, apa bezanya kalau beli no UPU lambat atau cepat ? TOLONG BERI PENDAPAT !


p/s : aku dah puas fikir jauh. Tapi tak juga dapat jawab persoalan ni. Tapi yang penting, tunggu jela tawaran yang mendatang

0 pembaca TERHEBAT !:

Post a Comment

komen anda sangat dihargai :)

hak milik sepenuhnya nur ainatul mardhiah