Pages

Cari apa der ?

Monday, 30 April 2012

KEK !


Assalamualaikum,

            I can be your BEST friend, also your BEST enemy ^^ v hohh ! apa kaitan dengan entri kali ini ? entah lah. Korang baca je lah :) ngee ~ hari ini dalam sejarah blog, Nena nak berkongsi dengan korang resipi buat KEK CAWAN COKLAT ! yummy !!  rindu nak pergi Bengkel Pembuatan Kek & Roti lagi. Urmm, inshallah ada lagi peluang :)



            Jadi, Nena tak nak taip merapu panjang lebar. Kita terus ke resipinya !

BAHAN-BAHAN :
120 gm   mentega
250 ml   susu segar
240 gm  gula halus
240 gm  tepung gandum
40 gm    serbuk koko
2 biji      telur
1 sudu    soda bikarbonat
½ sudu   serbuk penaik

CARA-CARA : pukul MENTEGA dan GULA hingga KEMBANG. Masukkan TELUR satu persatu dan pukul hingga kembang. Masukkan TEPUNG berselang seli dengan SUSU. Tuang adunan dalam cawan kertas dan BAKAR pada suhu 110 o selama 25-30 minit.

Kemudian untuk krim di atas kek cawan itu boleh dihias mengikut kreativiti sendiri. Terpulang lah sama ada hendak meletakkan krim pelbagai warna atau dihiasi dengan gula baldu berwarna warni :)

PERINGATAN : JIKA HENDAK MENAMBAH KRIM DI ATAS KEK CAWAN TERSEBUT, SEBELUM MELETAKKAN ADUNAN KEK KE DALAM CAWAN KERTAS ITU PERLU DILETAKKAN SETENGAH SAHAJA. Tetapi bergantung pada anda :) SELAMAT MENCUBA

p/s : macam-macam jenis kek yang Nena belajar di bengkel tu :)

FAKER ANNOYING .


Assalamualaikum,

            “Kenapa kau suka sangat FAKE orang lain punya hahh !”
            “Muka kau tak cukup sifat ehh, sampai nak FAKE orang lain punya !”
            “Disebabkan aku HENSEM, kau sukasuki FAKE facebook aku !”


Amboi, marah nampak ? sekarang ni kalau korang perasan, gejala FAKERS ni semakin menjadi-jadi. Tak percaya ? bukti dah banyak lah sekarang ni. Sedangkan artis pun ramai yang kena :D tak terkecuali bagi yang FAMOUS AMOUS di sekolah, universiti, kalangan blogger dan media lain lagi. Ramai yang dah kena ‘buatan’ sekarang ni ^^ gejala ni baik atau tidak sebenarnya ?

            Kalau diikutkan perasaan, gejala ini sangat TIDAK SIHAT ! sebab anda menggunakan gambar orang yang FAMOUS AMOUS itu untuk kepentingan sendiri. Contohnya, untuk dapatkan perhatian umum supaya anda terasa FAMOUS AMOUS ! bagi Nena lah kan, sebenarnya budak macam ni KURANG KASIH SAYANG. Tu pasal sampai nak FAKE-FAKE gambar, profile dan medium lain.

            Kemudian, bagi mereka yang FAMOUS AMOUS tu tak payah lah dok PROMOTE picture hang yang VAVAVOOM ! meletop kau Gayah ! :D haha ! kau tayang kat umum, bila orang FAKE kan, tau pula MARAH ! kau tak perasan ke gambar-gambar yang banyak kau upload ke web tu nanti bila kau dah MATI siapa nak tolong PADAMKAN ? itupun kalau dapat padam semua ? belum masuk bab AURAT lagi :) jadi, fikir-fikirkan lah -.-v

p/s : ibarat meludah ke langit ;) ( sendiri nasihatlah )

Wednesday, 25 April 2012

rehat minda


Assalamualaikum,

            Cerita ini sekadar memberi pengajaran kepada anda yang membaca :)

            Seorang lelaki yang terkenal sebagai seorang yang lurus bendul membeli sebuah perangkap tikus. Tikus yang bermaharajalela ingin diperanginya. Namun sebaik sahaja tiba di rumah, tiba-tiba dia teringat bahawa dia terlupa membeli umpannya. Sangkanya, umpan tikus mestilah keju sebagaimana yang dipersembahkan dalam cerita kartun.

            Disebabkan terlupa membeli keju, maka dia beralih pada pelan B. dicarinya majalah-majalah lama. Setelah menemui apa yang dicari, lelaki tersebut menggunting sekeping gambar keju. Fikirnya, itu idea yang bernas kerana pasti tikus itu terperangkap nanti. Apa lagi, dilekatlah gambar keju pada perangkap tikus tersebut.


            Keesokan harinya, lelaki yang lurus itu memeriksa jeratnya. Ya, berhasil ! seekor tikus berjaya diperangkapnya. Tetapi, ia hanyalah gambar seekor tikus yang diletakkan berdekatan gambar sekeping keju.




PENGAJARAN : jika mahukan hasil yang lumayan, maka usaha juga harus berganda. Jika sekadar melaburkan usaha yang ala kadar, maka hasilnya juga ala kadar.
                                                                                                                Sumber : majalah Solusi #42

Tuesday, 24 April 2012

mata membuntang !


Assalamualaikum,


            Nena : eh ! kenapa dengan mata kau ? dah macam OWL pula
            Lyia :  teruk ke ? (sambil meraba matanya)
            Nena : kalau tak teruk aku tak tegur. Kau berjaga eh ?
            Lyia : aku bukan berjaga. Aku susah nak tidur.
            Nena : kau INSOMNIA !

Siapa sini ada penyakit insomnia ? teruskan membaca ! :) sini Nena nak bagi tips.

            Percaya atau tidak, KERANG mampu mengelakkan diri daripada berlakunya serangan INSOMNIA atau sindrom SUKAR TIDUR. Jadi anda dinasihatkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 20 biji kerang setiap hari. Selain itu, pengambilan SUSU PANAS dan makanan yang kaya dengan SERAT juga mudah untuk kamu berasa mengantuk. Asid serotonin dalam tubuh akan berubah menjadi melatonin dan kedua-duanya baik untuk membuatkan tubuh menjadi lebih relaks dan mengantuk.

p/s : nasib baik saya tidak tergolong buat masa sekarang ? :’/
                                                                                                             sumber : majalah Remaja 15 April

Monday, 23 April 2012

tak bosan bila baca ?


Assalamualaikum,

Hari-hari makan maggi,
Silalah senyum nampak gigi .

                 Amboi, siap berpantun kau. Kelas kau Nena ! ^^ semua ada bakat berpantun cuma berpaksi pada realistik atau merapu je :) tapi pantun saya ni macam MERAPU je ? ;D oke, sekarang ni kita bukan nak berbalas pantun. Kita nak berbalas nasihat. Haa ~
                 “Sesungguhnya memberi nasihat merupakan amalan paling mulia dan utama kerana amaln ini sentiasa dilakukan oleh insan paling mulia iaitu para nabi dan rasul”. Petikan ayat dari majalah Solusi isu #42 oleh Hj. Zainuddin Ali.

                 Kemuliaan tugas memberi nasihat ini dapat membantu Islam dalam menegakkan kebenaran dan mentaati Yang Maha Esa sehinggakan Nabi s.a.w bersabda, maksudnya : “Agama adalah nasihat”.  Sahabat bertanya : “Untuk siapa?” kemudian Rasulullah menjawab : “Untuk Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemimpin Islam dan umatnya.” ( Riwayat Muslim, Abu Daud dan al-Nasa’i )

                 Semua orang suka memberi nasihat kan ? tetapi setiap nasihat yang diberikan kadangkala mempunyai sisi positif dan negatif. Bergantung pada orang yang menerima nasihat untuk mengambil dari sisi mana ? tetapi ada juga manusia yang tidak boleh mendengar nasihat dari seseorang. Nasihat diberi dengan cara yang lembut agar mudah menembusi hati yang keras. Umpama batu dilaga dengan batu, tiada apa yang berubah. Lain lah jika batu dilaga dengan air. Akhirnya batu akan tenggelam juga.

                 “Maka disebabkan rahmat daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), kamu bersikap lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap kasar dank eras hati, tentu mereka akan menjauhkan diri daripada kamu. Oleh itu maafkan mereka, mohonlah keampunan bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu (peperangan dan permasalahan keduniaan). Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakal kepada-Nya.” (Surah Ali ‘Imran 3: 159)

                 Ketahuilah nasihat paling baik ketika seseorang itu meminta untuk dinasihati. Ini sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: “Jika seseorang meminta nasihat kepadamu, maka nasihatilah dia.” (Riwayat Muslim)

p/s : kebaikan dengan manusia akan dibalas oleh Allah dengan syarat kebaikan tersebut tanpa sandaran kepada manusia :) SELAMAT BERAMAL !
                                                                                        sumber : majalah Solusi #42



Sunday, 22 April 2012

sesi temuduga terbuka lepasan SPM/STPM


Assalamualaikum,

                Asal ada je peluang kita mesti terkam kan ? begitu juga dengan saya. Nampak pula iklan tentang SESI TEMUDUGA TERBUKA.

Tarikh : 25 April 2012
Tempat : Pejabat MARA Seremban
Masa : 10  pagi - 4 petang


Antara kursus yang ditawarkan :

UiTM : > Diploma Senilukis Grafik (AD)
>  Diploma Pengurusan & Teknologi Maklumat Pejabat (OM)
>  Diplom Sains
>  Diploma Komunikasi dan Media
>  Diploma Senilukis & Senireka (FESYEN)

UPM :  > Diploma Sains Komputer
            > Diploma Pembangunan Manusia

UMK :  ASASI SAINS
            > Ijazah Teknologi Keusahawanan Pertanian
            > Ijazah Sains Sumber Asli
            > Ijazah Geosains
            > Ijazah Kesihatan Haiwan
            ASASI PERNIAGAAN
            > Ijazah Warisan
            > Ijazah Teknologi Kreatif
            > Ijazah Pelancongan
            > Ijazah Perdagangan

LAIN-LAIN : > Paramedik
                    > Cruise Management (penempatan kerja selepas tamat kursus)
                    > Andaman/kecantikan spa
                    > Air Cabin Crew

Dan yang paling PENTING : bawa SIJIL ASAL & SALINAN yang telah DISAHKAN (surat BERHENTI SEKOLAh, SIJIL PEPERIKSAAN, KAD PENGENALAN PELAJAR & IBUBAPA, 4 keping gambar serta yuran PRA PENDAFTARAN RM 250

*hubungi kami segera untuk kehadiran anda : OTHMAN : 019-7895486 / DAYANA : 013-6672520 / ISRAF : 019-6851075 / LIN : 012-2481670

p/s : diambil dari Harian Metro pada 20 April 2012 (Jumaat) m/s 4
            

TROLLING !


assalamualaikum,

            jom layan cerita TROLL ni. Sekarang ni kan memang musim TROLLING orang je kan ? :D have fun ! 





Saturday, 21 April 2012

bibir ANGELINA JOLIE ! HOT !


Assalamualaikum,

            Nyum-2 ! petang-2 makan roti coklat pun sedap juga kan ? cicah pulak dengan Teh O’ memang sedap ! tapi lagi sedap kalau dapat pisang goreng ! *sesiapa boleh tolong belikan ?  ;)
            Lama sudah tak jenguk blog yang semakin banyak HABUK ni ! :) maaf, bukan sengaja tau. Cuma tersengaja je >.< sekarang ni memang musim sibuk dan penat. Bila balik kelas je memang malas nak ON laptop. Maklum lah dah kepenatan. Dah tak fikir apa-2 selain TIDUR ! #jangan tiru aksi kakak ni. Sangat membahayakan dan tidak baik untuk kesihatan. Tidur selepas ASAR, sangat tidak digalakkan ! muktamad ! tiada BANTAHAN xD



            Hari ni Nena di sini ingin memberi anda petua yang tersangat lah diidamkan oleh seluruh WANITA di dunia ! :D siapa nak bibir merah bak delima ? jom ikut tips di bawah :) RINGKAS je .

            PERTAMA SEKALI : sapukan sedikit perahan limau dan madu di bibir setiap malam sebelum tidur. Haa, senang kan ? :) senang lah bagi mereka yang ada madu di rumah. Lain lah yang tiada MADU di rumah kan ? tapi, tak mungkin tiada madu di rumah. Bahan WAJIB tu ! kalau belum ada, cepat-2 lah beli yer :)

            Tapi lepas dah sapu tu jangan pula pergi jilat madu kat bibir sampai habis. Memang tak menjadi lah petua ni. Kalau nak lagi menjadi, lakukan tiap-2 malam dan lebih baik jika diamalkan. Lihat kesannya di pagi hari :) SELAMAT MENCUBA !

p/s : saya dah cuba ! lihat lah hasilnya di DP facebook saya ^^ v

Wednesday, 18 April 2012

WORDLESS WEDNESDAY #6

assalamualaikum, 

antara pingpong VS badminton, mana jadi pilihan anda ? kalau Nena, badminton tetap di hati sebab agak mencabar sikit :) pingpong pun best jugak apa ? belum cuba, belum tahu .

p/s : bersukan untuk kesihatan anda. 1 sukan setiap orang 




Monday, 9 April 2012

Tri Fa Wardrobe 1st Anniversary Giveaway!


Assalamualaikum,

            Hari ni ponteng setengah hari tak pergi belajar jahitan. Nena pergi petang nanti. Semua ni gara-2 sakit perut yang melanda. Nena kena ******* ( terpaksa di tuttt ~ ) hehee ~  petang nanti sambung buat baju kurung moden. Wohoo ~ dah banyak baju yang Nena belajar tau ^^ tengah syok blogwalking ternampak pula satu blog ni ada buat GIVEAWAY ! sepantas kilat Nena join ! :D



 'Like' facebook page dan 'follow' blog sponsors dibawah: (wajib)
  • Tri Fa Wardrobe: page [klik], blog [klik]
  • Ctredzuan: page [klik]
  • Shamila Shop's Catalyst: page [klik], blog [klik]
  • Pencinta Hijab: page [klik], blog [klik]
  • Lovebag Lovebag: page [klik], blog[klik]
  • Asmyra Hafizz: page [klik], blog [klik]
  • Kitty Sykes Closet: page [klik]
  • Linehandbag Collection: page [klik], blog [klik]
  • Aina Fesyen Collection: page [klik] dan [klik], blog [klik]
  • Azza Utsukushii: page [klik], blog [klik]
  • Hijabersfashion Couture: page [klik], blog [klik]
  • Efa Shawls: page [klik], blog [klik]
  • Zaralyla Shop: page [klik], blog [klik*new*
  • Aznie Syahzany: page [klik], blog [klik*new*
  • Magnifique Bonbons: page [klik], blog [klik] *new*


[Tarikh Tutup: 14/April/2012 tepat jam 12 tengah malam]

Sunday, 1 April 2012

coretan bukan luar biasa lah

Assalamualaikum,

7 petala cinta !!! *tarik suara ~
“ Jangan biarkan hadirmu sekejap mata, dan jangan biarkan kebersamaan kita hanya sementara ”

            Haihh ~ apa lah yang Nena melalut ni kan ? pedulikan. Ni semua gara-2 menaip sambil menonton wayang di Astro First lah ni. Dah berapa kali asyik ulang tayang je ni. Tahu lah sampai tiga hari tayangannya :D ni dikatakan demam 7 PETALA CINTA. *psst, dengar cerita ada sambungan 7 petala cinta ni ? kalau tak silap tajuk dia 99 KALI RINDU. Omg !! how sweet ! dah lah pelakon dia abang Suhairil aka Aeril Zafrel :)

            Lambat ? yahh ! Nena memang ketinggalan ouhh T.T ~ kesian kan ? nak tengok kat wayang malas nak keluar. Senang cerita tengok kat Astro First je :) mudah dan cepat. Tiada lah macam kat panggung tu. Nak kena tunggu pula cerita tu. Haihh ~ bagi Nena lah kan, tengok banyak mana pun 7 petala cinta, takkan muak. Kenapa ? sebab, abang Suhairil di situ. Hehee ~ tak boleh lepaskan setiap filem yang dia berlakon ouhh. Kalau terlepas pun, mesti catch up di youtube. Tak pun di mana-2 yang ada cerita dia yang Nena terlepas :)

p/s : nantikan kemunculan 3 temu janji & 99kali rindu ^^ v 
hak milik sepenuhnya nur ainatul mardhiah