Pages

Cari apa der ?

Monday, 30 April 2012

KEK !


Assalamualaikum,

            I can be your BEST friend, also your BEST enemy ^^ v hohh ! apa kaitan dengan entri kali ini ? entah lah. Korang baca je lah :) ngee ~ hari ini dalam sejarah blog, Nena nak berkongsi dengan korang resipi buat KEK CAWAN COKLAT ! yummy !!  rindu nak pergi Bengkel Pembuatan Kek & Roti lagi. Urmm, inshallah ada lagi peluang :)



            Jadi, Nena tak nak taip merapu panjang lebar. Kita terus ke resipinya !

BAHAN-BAHAN :
120 gm   mentega
250 ml   susu segar
240 gm  gula halus
240 gm  tepung gandum
40 gm    serbuk koko
2 biji      telur
1 sudu    soda bikarbonat
½ sudu   serbuk penaik

CARA-CARA : pukul MENTEGA dan GULA hingga KEMBANG. Masukkan TELUR satu persatu dan pukul hingga kembang. Masukkan TEPUNG berselang seli dengan SUSU. Tuang adunan dalam cawan kertas dan BAKAR pada suhu 110 o selama 25-30 minit.

Kemudian untuk krim di atas kek cawan itu boleh dihias mengikut kreativiti sendiri. Terpulang lah sama ada hendak meletakkan krim pelbagai warna atau dihiasi dengan gula baldu berwarna warni :)

PERINGATAN : JIKA HENDAK MENAMBAH KRIM DI ATAS KEK CAWAN TERSEBUT, SEBELUM MELETAKKAN ADUNAN KEK KE DALAM CAWAN KERTAS ITU PERLU DILETAKKAN SETENGAH SAHAJA. Tetapi bergantung pada anda :) SELAMAT MENCUBA

p/s : macam-macam jenis kek yang Nena belajar di bengkel tu :)

0 pembaca TERHEBAT !:

Post a Comment

komen anda sangat dihargai :)

hak milik sepenuhnya nur ainatul mardhiah