Pages

Cari apa der ?

Wednesday, 25 April 2012

rehat minda


Assalamualaikum,

            Cerita ini sekadar memberi pengajaran kepada anda yang membaca :)

            Seorang lelaki yang terkenal sebagai seorang yang lurus bendul membeli sebuah perangkap tikus. Tikus yang bermaharajalela ingin diperanginya. Namun sebaik sahaja tiba di rumah, tiba-tiba dia teringat bahawa dia terlupa membeli umpannya. Sangkanya, umpan tikus mestilah keju sebagaimana yang dipersembahkan dalam cerita kartun.

            Disebabkan terlupa membeli keju, maka dia beralih pada pelan B. dicarinya majalah-majalah lama. Setelah menemui apa yang dicari, lelaki tersebut menggunting sekeping gambar keju. Fikirnya, itu idea yang bernas kerana pasti tikus itu terperangkap nanti. Apa lagi, dilekatlah gambar keju pada perangkap tikus tersebut.


            Keesokan harinya, lelaki yang lurus itu memeriksa jeratnya. Ya, berhasil ! seekor tikus berjaya diperangkapnya. Tetapi, ia hanyalah gambar seekor tikus yang diletakkan berdekatan gambar sekeping keju.




PENGAJARAN : jika mahukan hasil yang lumayan, maka usaha juga harus berganda. Jika sekadar melaburkan usaha yang ala kadar, maka hasilnya juga ala kadar.
                                                                                                                Sumber : majalah Solusi #42

0 pembaca TERHEBAT !:

Post a Comment

komen anda sangat dihargai :)

hak milik sepenuhnya nur ainatul mardhiah