Pages

Cari apa der ?

Monday, 23 April 2012

tak bosan bila baca ?


Assalamualaikum,

Hari-hari makan maggi,
Silalah senyum nampak gigi .

                 Amboi, siap berpantun kau. Kelas kau Nena ! ^^ semua ada bakat berpantun cuma berpaksi pada realistik atau merapu je :) tapi pantun saya ni macam MERAPU je ? ;D oke, sekarang ni kita bukan nak berbalas pantun. Kita nak berbalas nasihat. Haa ~
                 “Sesungguhnya memberi nasihat merupakan amalan paling mulia dan utama kerana amaln ini sentiasa dilakukan oleh insan paling mulia iaitu para nabi dan rasul”. Petikan ayat dari majalah Solusi isu #42 oleh Hj. Zainuddin Ali.

                 Kemuliaan tugas memberi nasihat ini dapat membantu Islam dalam menegakkan kebenaran dan mentaati Yang Maha Esa sehinggakan Nabi s.a.w bersabda, maksudnya : “Agama adalah nasihat”.  Sahabat bertanya : “Untuk siapa?” kemudian Rasulullah menjawab : “Untuk Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemimpin Islam dan umatnya.” ( Riwayat Muslim, Abu Daud dan al-Nasa’i )

                 Semua orang suka memberi nasihat kan ? tetapi setiap nasihat yang diberikan kadangkala mempunyai sisi positif dan negatif. Bergantung pada orang yang menerima nasihat untuk mengambil dari sisi mana ? tetapi ada juga manusia yang tidak boleh mendengar nasihat dari seseorang. Nasihat diberi dengan cara yang lembut agar mudah menembusi hati yang keras. Umpama batu dilaga dengan batu, tiada apa yang berubah. Lain lah jika batu dilaga dengan air. Akhirnya batu akan tenggelam juga.

                 “Maka disebabkan rahmat daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), kamu bersikap lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap kasar dank eras hati, tentu mereka akan menjauhkan diri daripada kamu. Oleh itu maafkan mereka, mohonlah keampunan bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu (peperangan dan permasalahan keduniaan). Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakal kepada-Nya.” (Surah Ali ‘Imran 3: 159)

                 Ketahuilah nasihat paling baik ketika seseorang itu meminta untuk dinasihati. Ini sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: “Jika seseorang meminta nasihat kepadamu, maka nasihatilah dia.” (Riwayat Muslim)

p/s : kebaikan dengan manusia akan dibalas oleh Allah dengan syarat kebaikan tersebut tanpa sandaran kepada manusia :) SELAMAT BERAMAL !
                                                                                        sumber : majalah Solusi #42



0 pembaca TERHEBAT !:

Post a Comment

komen anda sangat dihargai :)

hak milik sepenuhnya nur ainatul mardhiah