Pages

Cari apa der ?

Friday, 29 June 2012

terdesak cinta ?


Assalamualaikum,

            Anda sudah makan ? saya dah ! anda bila lagi ? hehee ~ lapar tak tengok gambar bawah ni ? nyuummyy ~

            Cuba hitung jari jemari Salleh, ada berapa ? dapat jawapan, beritahu Nena cepat-cepat tau ! Nena nak tau, sebab Nena tak tahu mengira lah :) hee ~  korang rasa Salleh pernah ber cinta tak ? eh, tapi sebelum tu. Korang kenal ke siapa Salleh tu ? tak tau ? haihh ~ kesian. Klik nama Salleh ni, nanti muka Salleh yang VAVAVOOM keluar tau !

            Korang yang tengah membaca ni tergolong dalam DESPERATE LOVE or LOVE DESPERATE ? tak faham ? senang cerita, korang ni terdesak inginkan cinta ? hehee ~ terasa ? ada aku kisah ? kikii ~ :D tak mahu lah marah-marah, nanti tiada kasih sayang melekat tau :b betul ke manusia tak boleh hidup tanpa pasangan ? kalau betul lah kan, mana yang tak kahwin atau bercinta tu mesti dah MATI kan ? yela, tak boleh HIDUP TANPA PASANGAN ! hehee ~

            Kalau korang perasan lah kan, lepas putus dengan seorang kemudian dapat balik pengganti. Cepat pulok tu ! haa, tak ke pelik orang mcam ni ? padahal ‘PASANGAN’ yang kekal abadi depan mata pun buat tak endah je. Haihh, manusia ouhh manusia ~ ‘PASANGAN’ itu lah yang sentiasa memerhatikan segala tingkah laku mu. Setiap perjalanan tidak akan terlepas dari pandangannya. Cuma anda yang tidak menyedari. Bak kata Nena, CINTA itu BUTA jika melebihi IMAN. Muncul lah tiada rasa MALU !

            Allah dah tetapkan jodoh untuk kita sejak kecil dan rasanya tidak perlu lah nak MENCARI. Lama kelamaan nanti mucul depan mata ! taraa ~ haa, ada tak muncul ? tiada ? bermakna belum masanya lagilah tu :)


p/s : cinta itu buta, jadi celik lah mata anda BULAT_BULAT !
             



Thursday, 28 June 2012

PRIHATIN LAH !


Assalamualaikum,

            Miaw / miow / meow ? err, mana satu yang betul ni ? pening pulok kepala ni bila fikirkan bunyi sebenar kucing. Sebut fasal kucing, siapa tak tau haiwan comel ni kan ? pasti ramai yang dah bayangkan kucing belaan masing-masing. Itu kalau anda membela kucing ? terdapat juga orang yang alergik pada kucing macam Nena ni ^^ v alergik dengan bulu kucing, tapi Nena peduli apa. Yang penting kucing tu tetap Nena peluk ! wee ~ :D

            Rasa kesian pulok bila tengok kucing-kucing yang berkeliaran di jalan raya, kedai makan dan lain-lain tempat. Kadang-kadang nampak jugak kucing yang tempang, sakit, dan luka serta kurus kering. Rasa macam nak bela je semua kucing yang ada kat Malaysia ni, tapi Nena bukannya DATUK/DATIN nak buka rumah kucing. Tak mampu nak jaga kucing yang entah berapa puluh ribu agaknya. *anggaran jer :)



            Setakat yang mampu Nena buat, cuma bagi kucing makan je bila nampak mereka berkeliaran. Itu pun jika mereka bernasib baik kalau masa itu ada makanan pada Nena :’) TAPI ! ada juga yang kurang PRIHATIN terhadap haiwan ni. Tak kurang juga mereka menganiayai kucing tersebut. Contohnya macam mereka yang geli terhadap KUCING ? kalau ye pun geli, jangan lah sampai kau TERAJANG kucing tu sampai patah kakinya. Tempang jadinya kucing tu. Memang tak berperikemanusiaan langsung ! HUH ! GERAM betul Nena dengan manusia macam ni. Cuba kalau diorang di tempat kucing tu. Mesti dimaki agaknya.

            Walaupun anda tak suka macam mana pun pada kucing, TOLONG lah. Ulang lagi sekali, TOLONG lah, ada sifat EMPATI dalam diri tu. Kalau depan kekasih boleh sopan-sopan, depan makhluk lain mesti lagi sopan. Jangan nanti di akhirat kau jadi bahan cercaan !

p/s : kucing, binatang kesukaan Nabi s.a.w

biar betul !


Assalamualaikum,

            Hoorey hooreyy ~ mari kita nyanyi sama-sama. Lalaaa ~ *mengarut sudah -.-‘

Ni kan lagu dalam wayang HORE HORE ! awak-awak semua dah tonton ? kalau belum, pergi tengok tau. Rugi lepaskan peluang keemasan ni. Tersangat lah rugi. *cakap macam dah tengok pulok kan ? :D

Tapi, agenda utamanya sekarang Nena nak cerita fasal satu kisah ni. Kisah ni nak kata pelik tu ada lah juga sebab . . . dah jadi bahan bualan tau ! woahh ~ nak tahu apa dia ? meh sini Nena cerita. Baca tau !

Ehermm ~ cuba tengok gambar bawah ni. Ada ke PERSAMAAN ? sebab ada yang kata sama. Bagi Nena memang tak sama lah. Tapi, entah lah. Pandangan mata orang lain-lain kan ? hee ~ tolong nilaikan yer.


Saturday, 2 June 2012

Mega Tech Giveaway By MizzsNinie, CikMun And DrFara


Assalamualaikum,

            Baru je post entry baru dekat group blogger, tiba-tiba ada rakan group ni ajak join GIVEAWAY ! jom join ramai-ramai :) rugi tak join. Hadiah menarik menanti anda. *macam dah biasa pulak dengar ayat ni kan ? :) hee ~

klik kat gambar kalau nak join

Saya tag : ezyra / damia / faty / armiza / hazirah
p/s : Peraturan dia senang je. Tak banyak songeh pun. kikii ~ selamat maju jaya dalam GIVEAWAY ni :)


awek cun meletup ! rugi tak tengok


Assalamualaikum,

            Kita ada BIBIK. Bibik ni sangat CUN MELECUN. Boleh dibuat sebagai DUDA ! O,O nak tengok gambar dia ? hehee ~ tapi jangan terpikat sudah tau. Ni HAK kita ! :D

Amacam ? cun tak ? kikii ~ sejuk je hati tengok kan. Sopan lah sikit kan ?

            Aku sangat cemburu dengan KAU ! kenapa ? sebab kau asyik tunjuk awek cun. Sangat cemburu T.T tak boleh ke sekali tu tak payah POST fasal awek kau tu ? tapi, aku tetap nak tengok juga awek kau tu sebab . . . .



            Cun kan ? terpikat tak ? tapi Nena bukan terpikat dekat awek tu tau. Nena minat kat SHAWL yang dia pakai tu :3 sukanya tengok ! shawl ni panjang dan sedap dipakai. kain Chiffon lagi tu. Nena belum berkesempatan nak shopping online ni. Tunggu masa je nanti, Nena borong semua. Geram tengok dan CEMBURU !  bagi shopaholic tu, nak shop online ? klik je kat gambar tu :)

p/s : hanya mampu memandang :) 

Friday, 1 June 2012

cun mengerlip kau, NIK !


Assalamualaikum,

            Fuhh ~ rasa macam baru je balik dari bengkel menjahit manik siri kedua :) memang syok lah kan :D macam-macam cara menjahit manik penceramah tu ajar. Ingat senang ke nak jahit manik ? susah woo ~ perlu kesabaran dan kekreatifan yang tinggi. Kena sabar ? sebab jarum yang digunakan untuk menjahit manik ni tak sama dengan menjahit baju biasa. Jarum menjahit manik lagi halus dari biasa. Bila dah dapat ilmu ni, kena lah praktikkan. Mana tau dapat menjana ekonomi diri sendiri :) apa yang Nena belajar tu cuma asas menjahit corak manik. Inshallah ada sambungan yang terakhir menjahit manik ni.

            Selamat menjamu mata anda semua dengan pelbagai corak jahitan manik yang Nena dengan Ibu belajar. Tapi, sebenarnya kami pergi tiga orang wakil daripada koperasi kami. Gaya jahitan itu tiada lah sehebat anda yang di luar tu :)





                                               





p/s : teringin nak buka kedai kek satu hari nanti. inshallah :)
hak milik sepenuhnya nur ainatul mardhiah