Pages

Cari apa der ?

Friday, 6 July 2012

rakyat malaysia ! BERUBAH LAH


Assalamualaikum,

            Nak tanya korang sikit lah. Kalau korang bekerja kan, lepas habis kerja apa yang korang buat ? balilk terus tidur atau masih lagi boleh berjalan ke sana sini ? hee ~ jengjeng ! kenapa Nena tanya ? sebab Nena sekarang sibuk bekerja ! 

            Kecoh je kan ? padahal bukannya apa sangat pun. Yang penting bukan fasal itu Nena nak memenatkan jari menaip entri kali ini. Lebih penting apabila mendapat tahu bahawa rakyat Malaysia kurang PRIHATIN dengan keadaan sekeliling. Buktinya ? ANDA salah seorang pemandu yang tidak berhemah, kerana GAGAL memberi isyarat untuk memasuki mana-mana simpang. Betul atau tidak ? :D haa ~ berapa ramai dah terkena dengan situasi macam ni ? mesti ramai punya lah kan :)


            Nak kata kereta tiada lampu isyarat, kereta Mercondiz yang buat macam tu. Masih dalam keadaan baru keluar kilang ! Nena tak tau apa punca mereka lupa untuk memberikan lampu isyarat apabila ingin membelok ke selekoh. Tetapi, ada juga yang bagi. TAPI, bila dia dah masuk simpang, baru nak bagi isyarat ! Nena rasa lah kan, mungkin pemandu tu terlupa di mana letaknya lampu isyarat dalam keretanya itu. Itu fasal jadi begitu.

            Cuba lah kita beri kerjasama sikit dengan pemandu lain supaya tiada berlakunya kemalangan jalan raya. Sekurang-kurangnya tiada lah peningkatan kemalangan jalan raya kan ? :D ALERT sikit ! jangan harap sahaja dah ada lesen memandu, tetapi peraturan memandu tidak dipatuhi. Tiada guna juga kalau begitu :)
                                  
p/s : yang tiada lesen jangan memandai pula bawa kereta yer. kena saman, haa tanggung sendiri
hak milik sepenuhnya nur ainatul mardhiah