Pages

Cari apa der ?

Wednesday, 28 November 2012

ABUDEN !

Assalamualaikum,


            Cantikkan keindahan bulan di malam hari. Kalau lah atap rumah Nena ni transparent kan, memang tenang tetiap hari. No pressure. Layan perasaan je lah.

            Setiap orang ada tabiat tersendiri kan ? such as gigit kuku jari, gigit rantai leher, rantai basikal ? EHH. Apa pun tabiat anda jangan sampai memudaratkan diri sendiri pulak. Ada jugak tabiat yang pelik-pelik sekarang ni kan. Macam makan batu bata, mentol, kaca dll. Tak ker effect pada body tu. Lagi bahaya. Sayangi badan yang Allah bagi pinjam ni ye.

            Actually Nena mau langsi sama lu semua. Ehh, takde lah. Nena nak kongsi video dengan korang. It’s about

            Semua ni soalan biasa yang kita dengar ATAU mungkin anda pernah mengalaminya ? hahaa. Seriously I can’t stand to laugh. Spread it out. FRIENDZONE (forever alone) LOL 

Seriously this video make me LOL. When I suddenly remember on it, I just laugh. You got to watch it. terutama timing 1:12 Enjoy it


Wednesday, 21 November 2012

Demand betul !


Assalamualaikum,

            Lagi dua minggu jer nak buat persiapan segala bagai. Mudah-mudahan dipermudahkan urusanku. Amin

            Isnin yang lepas telah keluar result UPSR kan ? dan adikku salah seorang calon UPSR. Kebetulan pula hari isnin tu kami sekeluarga bertolak ke keyell disebabkan urusan aku. Jadi adik aku pun tak dapat lah nak ambil result dia tu. Tapi ! zaman kan dah moden, buatpe nak berdiri terconggok kat sekolah menunggu result. Gunalah kaedah SMS. Akhirnya ini yang Aiman dapat . . .
terpaksa edit sebab kamera yang tak memuaskan


            Bangga lah jugak kakak dia dalam diam. Ehemm. Bila dah keluar result tu mulalah si Aiman ni demand. Nak HANDPHONE katanya. Zaman UPSR aku dulu takde pung demand cengini. Eh kejap. Tak ingat pulak aku kalau ada pung. Dulu first handphone aku pernah pakai masa TAHUN 6 telefon jenama ALCATEL. Yang charger macam stand tu. Hahaa ~ Haa, siap bawak ke sekolah tu. Ishh ishh, teladan yang tak baik untuk adikku.
           
p/s : Zaman semakin maju, permintaan pun lagi maju dan diluar jangkaan. Mana tau kot ada yang minta spaceship ker ?

Saya join GA 2012 Nurul Yui


Assalamualaikum,

            Tak tahu dok nak update apa, better join GA kan. Hari ni GA daripada Nurul Yui. Kalau nak join pun masih sempat lagi ni. Tarikh tutup 23/11/2012 pada pukul 8:12 malam.

Saya join GA 2012 Nurul Yui kerana pertama kali mencuba nasib dalam dunia GA dan berharap dipilih.


Saturday, 10 November 2012

Si Oyen . . .


Assalamualaikum,

            Anugerah Skrin 2012 ! maaf tak layan. Dah bosan nak tengok, takut nanti asyik mengumpat jer. Wee ~ kebiasaannya macam itu lah kan. Jangan tak MENGAKU ! :D
            Nak post ringkas jer sebab baru balik berjalan. Idea ada tadi tapi dah melayang ke mana entah. Nak cerita fasal si Oyen. Dibela sejak raya dua tahun lepas sehinggalah sekarang. Ada juga abah cakap nak hantar dia ke pasar tapi Nena jamin takkan punyalah. Macam-macam karenah si Oyen ni bila kat rumah. Jarang nak tengok dia kat rumah bila awal subuh. Entah mana merayap.



            Photo ni baru jer capture. Tempat tidur dia selalunya atas kerusi depan komputer tu. Memandangkan adikku yang HENSEM tu dah duduk, Si Oyen pun panjat naik tidur kat situ pulak.


            Agaknya dia dah tension tunggu ‘tempat’ dia, turun tidur kat lantai sambil gaya extreme dia tu. *jangan tiru lagak ngeri ini  


            Yang ni pulak video dia kejut Nena tengah malam nak keluar rumah. *maaf video ni senget pulak. Tidak tahu kenapa begitu bha ==' Abaikan suara saya :)

            Lagi satu, kalau Si Oyen tersangkut tak dapat nak keluar rumah, mulalah mengiau kemudian masuk dalam bilikku. Bila tanya nak apa, Si Oyen keluar suruh Nena bukakan pintu letew. Dah faham sangat perangai dia. Lagi satu, bila nak minum jer, mengiau depan bilik Nena. Nak juga suruh Nena, padahal yang lain ada kat ruang tamu tu. Haihh ~ nasiblah kucing kesayangan :D

p/s : Kucing salah satu binatang kesayangan Nabi Muhammad s.a.w..

Thursday, 8 November 2012

kucing nakal


Assalamualaikum,

            Tak tau lah kenapa bila mengadap laptop jer badan rasa sakit sangat. Agaknya postur badan tak betul ni. Itu pasai gaya gitu jer. Adeii ~ semua ni sebab melayan cerita ni sampai habis. Cerita apa ? tak tau lah kalau korang dah tengok dulu dari Nena. Dok mengadap laptop tak tau nak buat apa lagi, godek-godek youtube then jumpa lah video yang teramat . . . err . .

            Nena pilih salah satu kesukaan Nena untuk korang enjoy watching. Have a nice day




p/s : dah ramai aku subscribe orang punya, diri sendiri ?

NuffnagX COOL !


Assalamualaikum,

            What doesn’t makes me stronger, lalalaa ~ oyeaa. Layan lagu tu sampai habis yer. Memang sesuai sangat kalau dengar masa berjoging, rasa nak lari jer sekarang. Mari belajar bahasa Cina. Ni hao. Wan an. Zhu ni jintian yukuai

            Haa, apa yang Nena cakap tu ? senang saja meyh. Pergi cari kat google translate tu. Muehee ~ ataupun, “Hello. Selamat malam dan Have a nice day” itu lah maksud Chinese tadi. Masih dalam proses pembelajaran lagi ni. Lidah pun tergeliat nak speak Chinese. Usaha tangga kejayaan !

            Siapa yang sudah mula menggunakan NuffnangX ? mesti para blogger sudah mula menggunakan. Betul tak ? *calit sikit  NuffnangX dikendali oleh Timothy Tiah. Mula dilancarkan pada 18 September. Boleh dimuat turun secara percuma bagi peranti yang menggunakan sistem OS dan Android. Lagi senang bila ada NuffnangX ni. Tak payah lah nak browser.

            Nena pun dah mula berjinak dengan NuffnangX ni. Senang bila nak baca blog. On the go saja. Jadi bagi sesiapa belum bermula lagi, cepat lah install di playstore anda. Lepas tu boleh lah follow blog Nena.

p/s : Hanis Zalikha pun ada. Apa lagi, mulakan operasi sekarang

Monday, 5 November 2012

kaum Hawa, ATTENTION !

Assalamualaikum,

Sekarang ni banyak isu pembunuhan, merompak, rogol dan sebagainya meluas dalam negara kita. Mesti sesetengahkaum Hawa seriau nak keluar ke mana-mana pun kan ? Walaupun berteman. Dimana sahaja anda berada, pasti akan berlaku kes-kes sebegini. Jadi Nena nasihatkan pada kaum Hawa supaya menyiapkan diri dengan senjata atau seni mempertahankan diri. Tapi senjata tu jangan pula hang bawa pisau, parang dan alatan tajam yang lain dalam ' tong racun ' berjenama GUCCA, KESPRIT dan lain -lain. Takut nanti senjata tu bakal beralih tangan kepada penjenayah. Tak ke mencari NAHAS tu. Nasib malang pada anda yang tidak tahu menggunakan senjata tersebut. Seeloknya bawalah spray cili atau payung. Lagipun TIDAK DIGALAKKAN anda membawa peralatan tajam sebegitu. Takut memakan tuannya sendiri nanti.
Selain daripada membawa spray cili atau payung, sebaiknya menyiapkan diri dengan seni mempertahankan diri. Kalau tiada masa untuk belajar, rajin-rajin kan diri menonton cerita aksi.  Sedikit sebanyak kita tahu juga cara mempertahankan diri kan ? Nak lagi profesional, pergi ikut kelas memmpertahankan diri yang berdekatan.
Kalau Nena lebih suka menonton cerita aksi dan praktikkan. WACHAA !! Macam cerita Jackie Chan tu. Kan banyak aksi kung fu kat situ. Walaupun perempuan sinonim dengan sifat lemah lembut dan sopan, seni mempertahankan diri WAJIB ada buat kaum Hawa. Kita semakin maju ke depan, jangan mudah terpedaya dengan semua di depan mata. Negara maju, manusia lagi maju. Berhati-hati lah.

p/s : Ramai WANITA kurang perhatian akan hal sebegini. Sebarkan jika anda sayang nyawa orang yang tersayang :)
hak milik sepenuhnya nur ainatul mardhiah