Pages

Cari apa der ?

Monday, 5 November 2012

kaum Hawa, ATTENTION !

Assalamualaikum,

Sekarang ni banyak isu pembunuhan, merompak, rogol dan sebagainya meluas dalam negara kita. Mesti sesetengahkaum Hawa seriau nak keluar ke mana-mana pun kan ? Walaupun berteman. Dimana sahaja anda berada, pasti akan berlaku kes-kes sebegini. Jadi Nena nasihatkan pada kaum Hawa supaya menyiapkan diri dengan senjata atau seni mempertahankan diri. Tapi senjata tu jangan pula hang bawa pisau, parang dan alatan tajam yang lain dalam ' tong racun ' berjenama GUCCA, KESPRIT dan lain -lain. Takut nanti senjata tu bakal beralih tangan kepada penjenayah. Tak ke mencari NAHAS tu. Nasib malang pada anda yang tidak tahu menggunakan senjata tersebut. Seeloknya bawalah spray cili atau payung. Lagipun TIDAK DIGALAKKAN anda membawa peralatan tajam sebegitu. Takut memakan tuannya sendiri nanti.
Selain daripada membawa spray cili atau payung, sebaiknya menyiapkan diri dengan seni mempertahankan diri. Kalau tiada masa untuk belajar, rajin-rajin kan diri menonton cerita aksi.  Sedikit sebanyak kita tahu juga cara mempertahankan diri kan ? Nak lagi profesional, pergi ikut kelas memmpertahankan diri yang berdekatan.
Kalau Nena lebih suka menonton cerita aksi dan praktikkan. WACHAA !! Macam cerita Jackie Chan tu. Kan banyak aksi kung fu kat situ. Walaupun perempuan sinonim dengan sifat lemah lembut dan sopan, seni mempertahankan diri WAJIB ada buat kaum Hawa. Kita semakin maju ke depan, jangan mudah terpedaya dengan semua di depan mata. Negara maju, manusia lagi maju. Berhati-hati lah.

p/s : Ramai WANITA kurang perhatian akan hal sebegini. Sebarkan jika anda sayang nyawa orang yang tersayang :)

0 pembaca TERHEBAT !:

Post a Comment

komen anda sangat dihargai :)

hak milik sepenuhnya nur ainatul mardhiah