Pages

Cari apa der ?

Saturday, 10 November 2012

Si Oyen . . .


Assalamualaikum,

            Anugerah Skrin 2012 ! maaf tak layan. Dah bosan nak tengok, takut nanti asyik mengumpat jer. Wee ~ kebiasaannya macam itu lah kan. Jangan tak MENGAKU ! :D
            Nak post ringkas jer sebab baru balik berjalan. Idea ada tadi tapi dah melayang ke mana entah. Nak cerita fasal si Oyen. Dibela sejak raya dua tahun lepas sehinggalah sekarang. Ada juga abah cakap nak hantar dia ke pasar tapi Nena jamin takkan punyalah. Macam-macam karenah si Oyen ni bila kat rumah. Jarang nak tengok dia kat rumah bila awal subuh. Entah mana merayap.



            Photo ni baru jer capture. Tempat tidur dia selalunya atas kerusi depan komputer tu. Memandangkan adikku yang HENSEM tu dah duduk, Si Oyen pun panjat naik tidur kat situ pulak.


            Agaknya dia dah tension tunggu ‘tempat’ dia, turun tidur kat lantai sambil gaya extreme dia tu. *jangan tiru lagak ngeri ini  


            Yang ni pulak video dia kejut Nena tengah malam nak keluar rumah. *maaf video ni senget pulak. Tidak tahu kenapa begitu bha ==' Abaikan suara saya :)

            Lagi satu, kalau Si Oyen tersangkut tak dapat nak keluar rumah, mulalah mengiau kemudian masuk dalam bilikku. Bila tanya nak apa, Si Oyen keluar suruh Nena bukakan pintu letew. Dah faham sangat perangai dia. Lagi satu, bila nak minum jer, mengiau depan bilik Nena. Nak juga suruh Nena, padahal yang lain ada kat ruang tamu tu. Haihh ~ nasiblah kucing kesayangan :D

p/s : Kucing salah satu binatang kesayangan Nabi Muhammad s.a.w..

0 pembaca TERHEBAT !:

Post a Comment

komen anda sangat dihargai :)

hak milik sepenuhnya nur ainatul mardhiah