Pages

Cari apa der ?

Monday, 24 February 2014

Wahai jiran


Assalamualaikum,

Hangpa ada jiran ? Bagaimana jiran anda ? Baik ?

          Kita nak cerita pasal jiran sekarang ni. Sebenarnya kita tau ke tidak adab berjiran ? Dah belajar kan masa Tingkatan 2. Mesti dah lupa kan bagi yang dah berumur 20-30 an ke atas. Kalau lupa sekali pun, masih boleh fikir logik pasal adab berjiran ni.

          Adab sesama jiran kenalah jaga. Lagi-lagi berjiran untuk jangka masa yang lama. Buatnya perangai jiran kau macam la****t, sanggup ke bertahan. Silap hari bulan, kau dah berdiri depan rumah dia bawa machine gun.


          Hati jiran kenalah jaga sebaiknya. Kalau tak nak hidup berjiran, boleh tinggal dalam hutan atau pulau yang tiada orang langsung. Situ engkau nak buat hal sendiri pun, tiada siapa nak halang. Cuba bayangkan engkau sendiri sebagai jiran yang bermasalah. Contohnya, pasang radio kuat-kuat tak kira waktu, karaoke tengah malam buta, bakar sampah tak kena waktu *lepas tu kena baju yang baru kau AMPAI dan BASUH, lepaskan ayam kemudian ayam dating rumah kau berak merata-rata dan se-keadaan dengannya.

          Macam mana perasaan kau masa tu? sakit hati kan. Jadi, jangan lah buat perkara yang sama terhadap jiran kau. Lain lah jiran kau tu robot. Jenis tiada perasaan. Asal nampak sampah je, terus sapu. Tanpa mulut membebel.


p/s: Ingatan untuk diri sendiri dan pembaca sekalian. Gua taip tu bukan dengan keadaan marah ya. hehee

Saturday, 8 February 2014

Gua bila bosan . . .


Assalamualaikum,

Setiap manusia dianugerahkan kelebihan tersendiri kan ? termasuk gua. Nak kata hebat tu, saya manusia yang banyak melakukan kesilapan.

          Aku pelik juga dengan depa yang duk minta aku suggest kan sesuatu untuk dibuat pada masa lapang. Bila kita dah senaraikan, takde satu pun yang minat. Hang lelaki, tanya kat aku yang perempuan. Dah lah perempuan, pelik pula tu. Ehh. Sila lah jamu mata anda dengan hasil gua yang tak seberapa

Classmate gua

Siapa tak suka Pocoyo !

Important person in my life

Kau agak muka ni iras siapa ?

One of my member


























p/s: Dalam proses baik pulih juga. Cuba untuk menjadi professional. Ehemm  

Thursday, 6 February 2014

KKMK. Apa tu ?


Assalamualaikum,

Hangpa free ke pada 7-9 Feb 2014 ? kalau taktau nak buat apa. Pakat ajak kawan, girlfriend, buayafriend *ehh tersasul pula ,saudara mara, suami, isteri, dan golongan yang mampu berjalan dari pagi sampai malam.


Ingat senang ke aku nak promote ni *dah ler jarang update. Salahkan empunya blog lah kan. Jum pakat pi KKMK. Kau tak pergi, kau yang rugi. Serius tak tipu !
                                                                                           
p/s: Dinasihatkan bawa duit secukupnya

My Love From Another Star


Assalamualaikum,

Gua taip entry ni jangan bash gua yer. Sekarang tengah hangat drama Korea My Love From Another Star. Nak tunggu episode kat tv lambat kan? Hangpa boleh tengok online.

Klik kat gambar je, terus direct ke online punya



p/s: jangan taksub sangat tengok drama tu, sampai azan pun tak dengar

Tuesday, 4 February 2014

Segmen: Bloglist Istimewa Ayuinsyirah Tahun 2014


Assalamualaikum,

Rasanya ni kali pertama join segmen bloglist. Hehee. Hangpa semua jom lah join sekali. Senang je syara-syaratnya. Kau taip-taip sikit, ehh dah siap. Lepas tu post entry dan backlink pada empunya segmen tu. 




          Blog gua takde lah hebat persis blogger Asia di luar sana, tapi gua cuba lah berkongsi ilmu. Selain tu boleh lah kita singgah menyinggah. Ye dok ? Segmen ni berakhir pada 3 Mac 2014, 11 malam.


p/s: Jangan lupa #SBB2014  





Monday, 3 February 2014

Hiba



Kau jatuh bila perit dijiwa
Kau jatuh saat kegembiraan menerpa
Kau jatuh tiba hilangnya ‘harta’
Kau jatuh saat jiwa merana dihiris bagai sehalus sisik
Tapi kau juga penyelamat aku melihat dunia
Tanpa engkau, diriku tiada pelengkap deria perasaan

–Airmata

Sepetang Bersama Blogger & Yeo's 2014


Assalamualaikum,

Hangpa pernah dengar pasai SBB ? Gua pertama kali dengar. Sebelum ni tak pernah tau pun. SBB ialah Sepetang Bersama Blogger 2014. Katanya tahun lepas ada buat, tapi gua memang tak tahu apa-apa lah. Tak tau pula wujud atau salah aku sebab jarang buka blog. Hehh.


         
Tarikh: 8 Mac 2014 (Sabtu)
Masa: 10:00 pagi – 5:30 petang
Tempat: Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
         
          Gua tau pasal event ni pun dari blog Kak Mia. Jadi gua nak habaq pada hangpa yang tak tau lagi tu. ada cabutan bertuah, hadiah menarik untuk dimenangi dan gerai jualan kat situ nanti. Majlis ni bertujuan mengumpulkan bloger-bloger Asia Tenggara dari Malaysia, Brunei, Indonesia dan mungkin negara-negara yang lain juga. Penaja utama bagi acara ni ialah Yeo’s Malaysia. Barisan gajet untuk dimenangi seperti iPhone 5s, iPad mini, Garmin Navigation System dan banyak lagi lah. Selain itu terdapat panel-panel blogger seperti Redmummy, Ben Ashaari, Shafie Bustan dan Zarul.

p/s: Gua rasa macam nak join. Siapa nak jadi teman gua ?

Sunday, 2 February 2014

Pendam



Masalah, pendam
Amarah, pendam
Nangis, pendam
Tapi gembira kau luahkan. Kenapa?

            Sebab aku manusia terkadang alpa
            Bimbang isi hati terluah tidak kena masa
            Dikatanya kita cuba besar kepala
            Anak derhaka, segala durjana
-Dena
hak milik sepenuhnya nur ainatul mardhiah