Pages

Cari apa der ?

Monday, 24 February 2014

Wahai jiran


Assalamualaikum,

Hangpa ada jiran ? Bagaimana jiran anda ? Baik ?

          Kita nak cerita pasal jiran sekarang ni. Sebenarnya kita tau ke tidak adab berjiran ? Dah belajar kan masa Tingkatan 2. Mesti dah lupa kan bagi yang dah berumur 20-30 an ke atas. Kalau lupa sekali pun, masih boleh fikir logik pasal adab berjiran ni.

          Adab sesama jiran kenalah jaga. Lagi-lagi berjiran untuk jangka masa yang lama. Buatnya perangai jiran kau macam la****t, sanggup ke bertahan. Silap hari bulan, kau dah berdiri depan rumah dia bawa machine gun.


          Hati jiran kenalah jaga sebaiknya. Kalau tak nak hidup berjiran, boleh tinggal dalam hutan atau pulau yang tiada orang langsung. Situ engkau nak buat hal sendiri pun, tiada siapa nak halang. Cuba bayangkan engkau sendiri sebagai jiran yang bermasalah. Contohnya, pasang radio kuat-kuat tak kira waktu, karaoke tengah malam buta, bakar sampah tak kena waktu *lepas tu kena baju yang baru kau AMPAI dan BASUH, lepaskan ayam kemudian ayam dating rumah kau berak merata-rata dan se-keadaan dengannya.

          Macam mana perasaan kau masa tu? sakit hati kan. Jadi, jangan lah buat perkara yang sama terhadap jiran kau. Lain lah jiran kau tu robot. Jenis tiada perasaan. Asal nampak sampah je, terus sapu. Tanpa mulut membebel.


p/s: Ingatan untuk diri sendiri dan pembaca sekalian. Gua taip tu bukan dengan keadaan marah ya. hehee

0 pembaca TERHEBAT !:

Post a Comment

komen anda sangat dihargai :)

hak milik sepenuhnya nur ainatul mardhiah