Pages

Cari apa der ?

Sunday, 20 April 2014

Resepi: Lasagna


Assalamualaikum,

Kali ni kita terbang ke west pula. Chef Dena dapat resipi ni dari PizzaHut chuolls. Chef Dena ayat sikit manager depa kemudian dapatlah resipi ni. Nak jimat dan handmade, mai kita buat beramai-ramai.

LASAGNA
Oil
Lasagna
Boiled water
Bolognaise sauce
Cheese skin

BOLOGNAISE SAUCE
Minced meat + ( tomato sauce )
Carrot ( chopped)
Celery ( chopped )
Mushroom
Tomato ( concasse )
Mix herbs
Garlic ( chopped)
Onion ( chopped )
Oregano
Bay leaves

Cara membuat:

Bolognaise sauce:
  1. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan celery bersama.
  2. Masukkan lobak. Gaul sebati. Masukkan cendawan. Gaul sebati. Masukkan bay leave dan oregano
  3. Kemudian masukkan tomato concasse dan tomato puree.
  4. Sementara itu, minced daging sehingga kering. Pastikan kering betul. Jangan lembap sikit pun.
  5. Lepas tu masukkan bolognaise ke dalam minced meat tadi. Gaulkan mereka.
  6. Masukkan tomato concasse dan garam secukup rasa.
  7. Okay, Bolognasie sauce dah siap. sekarang kita buat full Lasagna.

Cara membuat:
  1. Rendamkan lasagna instant (terdapat di kedai berhampiran anda) dalam air yang mendidih.
  2. Jangan terlalu masak sangat lasagna tu, pasai nanti kita nak baked lagi.
  3. Sapukan minyak di tray. Letakkan kulit lasagna di atas tray. Susun sampai menutup permukaan tray tu.
  4. Letakkan Bolognaise sauce di atas kulit lasagna. Ratakan depa. Taburkan cheese
  5. Letakkan skin lasagna lagi diatas lapisan tadi. Kiranya dua lapisan lah.
  6. Letak lagi bolognaise sauce. Kemudian cheese sebanyak yang anda inginkan
  7.  Akhir sekali letak bĂ©chamel sauce. Siap !




p/s: Chef Dena cadangkan, kau tabur lah cili potong dalam bolognaise sauce tu. Gerenti tak menyesal beb. Lagi kau tambah makan ada lah.


Review: Instabright Skincare


Assalamualaikum,

Korang guna produk apa ? Berkesan tak ? Kenapa aku nak tau. Hmm sebab aku nak kongsi review produk yang aku guna. Serius berkesan gila. Nampak perubahan beb. Eksited gila ni

          Lagipun produk ni ramai dah guna dan most of it is positive feedback. Sudah pastinya produk ni halal beb. Kalau takde KKM berani pula aku nak pakai. Bahan-bahan dalam produk ni semua organik. Pengasas produk ni adik kepada penyanyi Forteen, Ariz Lufias. Abangnya pun guna Instabright Skincare chuolls. Begitu juga iolls. Kalau setakat cakap takde bukti pun tak guna juga kan.

          So here it is, perubahan muka iolls tahun 2012 dan 2014. Dulu muka kusam dan rasa kering, now muka moisture gituww. Serius tak percaya dengan apa yang dah jadi. Padahal masa tu baru guna tiga minggu dah nampak perubahan. Paling penting orang nampak perubahan muka kita. Siapa lagi kalau bukan ibu dan classmates. Selalu jumpa hari-hari, memang perasan lah.

          Dia ni dah banyak ejen seluruh Malaysia termasuk Singapura, kalau berminat pi follow instagram Maisha House


p/s: Ada produk penjagaan tangan dan badan sekali tau

Wednesday, 16 April 2014

Resepi: Mashed Potato


Assalamualaikum,

Chef Dena nak kongsi resipi di kala kau kelaparan di tengah malam. Supper lah kiranya. Senang sangat nak membuatnya. Tak sampai setengah jam, melainkan ketika kau rebus kentang tu.

MASHED POTATO
1.6 Russet potato
150 ml Susu Segar
70 gm Mentega
Garam
Lada sulah

Cara membuatnya:

  1.  Macam biasa, kau perlu kupas kentang dan rebuskan sehingga lembut. Toskan. Potong kecil agar senang nak kisar
  2. Lepas dah kisar, kau masukkan dalam bekas dan campurkan dengan mentega. Gaulkan sebati
  3. Tambah telur kedalamnya. Gaul sebati
  4. Tambah garam dan lada sulah.
  5. Tambah pula susu segar ke dalamnya. *Bukan susu pekat yer. Gaul sebati
  6.  Give it a taste. Kalau sedap, maknanya dah siap. Done !


p/s: Mashed potato ni senang sebab tiada bentuk macam mashed potato lain. Any question can refer to my social account. Gua pasti akan jawab persoalan korang.

Sunday, 13 April 2014

Resepi: William Potato


Assalamualaikum,

Hai, bertemu lagi kita di entry yang baru bersama Chef Dena. Sebelum ni aku kata nak kongsi mashed potato yang ada bentuk kan. Here you go. We call it, William Shakespear. Okay tipu !

WILLIAM POTATO

400 gm Mashed potato (kalau kau buat banyak, boleh bahagikan buat bentuk)
25 gm egg yolk
Garam
Lada sulah
Breadcrumb
Tepung gandum
Bunga cengkih (hiasan)

Cara membuat:

  1. Sama juga kaedahnya dengan Mashedpotato.
  2. Tambah telur. Gaul sebati
  3. Tambah secubit garam dan lada sulah. *bila letak tu, give it a taste lah
  4. Kemudian kau ambil dan bentukkan jadi pear. Macam buah pear tu. Guna tangan lah
  5. Lepas tu, kita buat Standard Breading Procedure (SBP) *bukan sekolah berasrama penuh yer. Celup kentang kau dah bentuk tadi ke dalam tepung. Salutkan badan depa.
  6. Celup pula dalam telur dan salutkan dengan breadcrumb.
  7. Kemudian kau deep fry tau. Hati-hati masa tengah deep fry tu, kemungkinan untuk kentang tu hancur adalah 50%
  8. Cucuk bunga cengkih atas tu. Jadi macam tangkai ler gituww. Akhirnya dapatlah kau merasa William potato yang rangup tu. Sedapnya !



p/s: Pastikan kesabaran kau masa deep fry potato tu tinggi. Potato tu rapuh. Layan macam baby.

Thursday, 10 April 2014

Resepi: Chicken Chop


Assalamualaikum,

Kali ni Chef Dena nak kongsi resipi pasai ayam. Kau agak buat chicken chop tu senang ke susah? Bagi aku, semudah pakai selipar. Easy right bila nak pakai selipar jepun. Sarung gitu je.

CHICKEN CHOP

1 Nos boneless tight
1 Nos boneless breast
Garam
Lada sulah
Paprika

Cara membuatnya:
  1. Paling utama sekali kau kena buang segala tulang yang terdapat dalam lapisan ayam tu lah. Sangat penting, nama pun chicken chop. Wehh, siapa je nak makan chicken chop yang ada tulang. Maunya tercekik nanti. *lain lah kalau kau nak bunuh diri sendiri
  2. Pastikan tulang dan segala lemak takde yer. Kalau ayam tu tebal, kau belah dua. Jadi macam berkepak rama-rama lah gituww
  3. Buat SBP. Sebelum tu salut dengan paprika. Celup ke dalam tepung, telur dan breadcrumb
  4. Kemudian deep fry sampai kuning keemasan gituww. Makan dengan mashed potato pun sedap, tambah pula coleslaw. Yummehh !


p/s: Bersiap sedialah dengan kesedapan chicken chop ni. Lap air liur kau tu wehh, menjejeh dah.

Tuesday, 8 April 2014

Resepi: Ayam Masak Merah


Assalamualaikum,

Asyik western food je, kali ni kita ke eastern pula. Resipi yang mudah dan ringkas. Masakan Malaysia beb. Kau patut cuba, bila dah menjadi nanti cerita kat anak cucu kau. Anak cucu kau mesti nak tau kehebatan tokwan/atuk di dapur kan.

AYAM MASAK MERAH

½ ekor Ayam (potong 6)
½ lobak merah (macedoine)
Kacang pes
2 biji Tomato (wedges)
1 biji Bawang besar (potong bulat)
4 ulas Bawang kecil
2 ulas Bawang putih
Halia (hiris)
Tomato puri
Tomato sos
Cili giling
Susu cair
Daun bawang
Saderi
Buah pelaga
Bunga lawang
Kulit kayu manis

Cara membuatnya:
  1. 1)    Goreng ayam setengah masak macam kau selalu buat.
    2)   Tumis buah pelaga, bunga lawang dan kayu manis sehingga naik bau.
    3)   Masukkan cili giling dan segala jenis bawang (bawang kecil, bawang besar dan bawang putih). Masukkan sos tomato. Gaul sebati.
    4)   Masukkan lobak yang telah dipotong macedoine dan bawang besar (dihiris)
    5)   Masukkan lobak yang telah dikisar. Kemudian tambah garam dan gula
    6)   Masukkan sedikit susu cair.
    7)   Masukkan ayam. Gaul sebati. Taburkan daun saderi diatasnya. Siap !


1
p/s: Seperti biasa, jangan lupa rasa masakan kau tu. Mana tau tak cukup atau terlebih garam ke.


Friday, 4 April 2014

Resepi: Mushroom Soup


Assalamualaikum,

Harini Chef Dena nak berkongsi dengan para pembaca sekalian. Resipi kali ni simple sangat dan mudah. Tak banyak pun bahan-bahan yang digunakan. Lepas ni tak perlu pergi ke Pizzohut nak dapatkan sup ni. Cuma bezanya sup ni gunakan demi glaze, sebab itu lah warna coklat sikit

MUSHROOM SOUP

3 gm Mentega
240 gm Cendawan Butang
1 Bawang Putih (chopped)
¼ Bawang Merah (minced)
20 gm Demi glaze
400 ml Air
Heavy cream
Oregano
Garam
Lada sulah

Cara membuat:
1)    Pertama sekali, cairkan mentega tu
2)   Letak ¼ bawang merah yang telah diminced dalam pot
3)   Kemudian masukkan bawang putih yang telah dicincang bersama
4)   SautĂ© (kacau) sehingga naik bau
5)   Lepas tu, masukkan cendawan butang (dihiris) ke dalam pot
6)   Pastikan demi glaze tu kau dah campur dengan air wehh. Ikut sukatan yang diberi.Masukkan demi glaze (+air) ke dalam pot tadi.
7)   Seeloknya kau letak heavy cream dalam mangkuk lain dan gaulkan bersama oregano.Kemudian masukkan sikit-sikit ke dalam pot.
8)   Masukkan demi glaze, garam dan lada hitam ke dalam mushroom soup tadi. Gaulkan depa bagi sebati. Kemudian tambahkan sedikir air.
9)   Give it a taste lah. Agak-agak kau tak nak cair sangat, boleh tambah roux untuk memekatkan soup



p/s: Selamat mencuba dan semoga berjaya. Ada apa-apa pertanyaan boleh contact gua di laman sosial yang tertera diatas belah kanan


Thursday, 3 April 2014

Pakwe askar


Assalamualaikum,

Sekarang ni fesyen seluar celoreng-celoreng mula berleluasa. Akku tak tau siapa yang mulakan fesyen ni dan macam mana depa dapat idea untuk fesyen celoreng ni. Aku takde lah tahu sangat pasai fesyen ni. Setakat minat tengok ada lah.

          Sebenarnya terdetik nak tulis entry ni pasai ada manusia yang search keyword ‘pakwe askar’ gituww. Rasanya dalam entry aku takde pasai pakwe askar. Katanya pakwe askar ni hensem ! take noted yer. HENSEM ! Katanyaaa. Balik pada soal seluar celoreng tadi, aku ada ternampak artikel di FB mengatakan ‘orang awam dilarang memakai seluar fesyen celoreng ATM’. Tak kisah lah seluar ke, baju, tudung, kasut *agaknyalah dan segala yang berceloreng lah *rasanya.

          Nak lebih lanjut pasai huraian maruah celoreng ni, boleh klik TERBAKOR. Boleh dikenakan tindakan beb kalau hangpa dok berfesyen dengan celoreng tu. Tapi sejauh mana akan dikenakan tindakan tu aku tak pasti. Setakat ni tak dengar lagi kan orang awam dipenjara gara-gara fesyen baju dan seluar celoreng itu


p/s: Aku tak mampu nak ikut peredaran fesyen semakin ‘menjauh’ ni. If you know what I mean. *senyuman sinis
hak milik sepenuhnya nur ainatul mardhiah