Pages

Cari apa der ?

Tuesday, 8 April 2014

Resepi: Ayam Masak Merah


Assalamualaikum,

Asyik western food je, kali ni kita ke eastern pula. Resipi yang mudah dan ringkas. Masakan Malaysia beb. Kau patut cuba, bila dah menjadi nanti cerita kat anak cucu kau. Anak cucu kau mesti nak tau kehebatan tokwan/atuk di dapur kan.

AYAM MASAK MERAH

½ ekor Ayam (potong 6)
½ lobak merah (macedoine)
Kacang pes
2 biji Tomato (wedges)
1 biji Bawang besar (potong bulat)
4 ulas Bawang kecil
2 ulas Bawang putih
Halia (hiris)
Tomato puri
Tomato sos
Cili giling
Susu cair
Daun bawang
Saderi
Buah pelaga
Bunga lawang
Kulit kayu manis

Cara membuatnya:
  1. 1)    Goreng ayam setengah masak macam kau selalu buat.
    2)   Tumis buah pelaga, bunga lawang dan kayu manis sehingga naik bau.
    3)   Masukkan cili giling dan segala jenis bawang (bawang kecil, bawang besar dan bawang putih). Masukkan sos tomato. Gaul sebati.
    4)   Masukkan lobak yang telah dipotong macedoine dan bawang besar (dihiris)
    5)   Masukkan lobak yang telah dikisar. Kemudian tambah garam dan gula
    6)   Masukkan sedikit susu cair.
    7)   Masukkan ayam. Gaul sebati. Taburkan daun saderi diatasnya. Siap !


1
p/s: Seperti biasa, jangan lupa rasa masakan kau tu. Mana tau tak cukup atau terlebih garam ke.


0 pembaca TERHEBAT !:

Post a Comment

komen anda sangat dihargai :)

hak milik sepenuhnya nur ainatul mardhiah