Pages

Cari apa der ?

Friday, 4 April 2014

Resepi: Mushroom Soup


Assalamualaikum,

Harini Chef Dena nak berkongsi dengan para pembaca sekalian. Resipi kali ni simple sangat dan mudah. Tak banyak pun bahan-bahan yang digunakan. Lepas ni tak perlu pergi ke Pizzohut nak dapatkan sup ni. Cuma bezanya sup ni gunakan demi glaze, sebab itu lah warna coklat sikit

MUSHROOM SOUP

3 gm Mentega
240 gm Cendawan Butang
1 Bawang Putih (chopped)
¼ Bawang Merah (minced)
20 gm Demi glaze
400 ml Air
Heavy cream
Oregano
Garam
Lada sulah

Cara membuat:
1)    Pertama sekali, cairkan mentega tu
2)   Letak ¼ bawang merah yang telah diminced dalam pot
3)   Kemudian masukkan bawang putih yang telah dicincang bersama
4)   Sauté (kacau) sehingga naik bau
5)   Lepas tu, masukkan cendawan butang (dihiris) ke dalam pot
6)   Pastikan demi glaze tu kau dah campur dengan air wehh. Ikut sukatan yang diberi.Masukkan demi glaze (+air) ke dalam pot tadi.
7)   Seeloknya kau letak heavy cream dalam mangkuk lain dan gaulkan bersama oregano.Kemudian masukkan sikit-sikit ke dalam pot.
8)   Masukkan demi glaze, garam dan lada hitam ke dalam mushroom soup tadi. Gaulkan depa bagi sebati. Kemudian tambahkan sedikir air.
9)   Give it a taste lah. Agak-agak kau tak nak cair sangat, boleh tambah roux untuk memekatkan soup



p/s: Selamat mencuba dan semoga berjaya. Ada apa-apa pertanyaan boleh contact gua di laman sosial yang tertera diatas belah kanan


0 pembaca TERHEBAT !:

Post a Comment

komen anda sangat dihargai :)

hak milik sepenuhnya nur ainatul mardhiah